Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

252 diberkas dalam operasi polis

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



SERAMAI 252 orang telah diberkas polis atas pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan selama 16 hari yang diketuai oleh Bahagian Polis Bedok.



Sebilangan besar suspek ditangkap kerana kesalahan yang berkaitan dengan penipuan dan pemalsuan pinjaman, sementara sebahagiannya ditangkap atas kesalahan dadah dan jenayah lain.



Suspek, berusia antara 16 tahun dengan 76 tahun, terdiri daripada 186 lelaki dan 66 wanita.



Operasi itu berlangsung dari 23 November hingga 8 Disember, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Daripada kesemua yang diberkas, 50 lelaki dan 19 wanita sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam penipuan e-dagang dan aktiviti pengubahan wang haram, dengan nilai transaksi ini melebihi $1.5 juta.



Lagi 129 lelaki dan 45 wanita, berusia antara 18 tahun dengan 76 tahun, sedang disiasat untuk penipuan pinjaman dan aktiviti 'tailong' yang melibatkan urus niaga lebih daripada $216,000.



Di antara mereka, 11 lelaki dan lapan wanita, berusia antara 20 tahun dan 61 tahun, diberkas kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Pinjaman Wang.



Kesalahan menipu membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, sementara pengubahan wang haram dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda hingga $500,000.



Pesalah kali pertama yang didapati bersalah kerana membantu dalam pemberian pinjaman wang tanpa lesen boleh didenda antara $30,000 hingga $300,000, dan dipenjara hingga empat tahun, dengan hukuman sebat hingga enam kali.



Pesalah berulang dikenakan denda yang sama tetapi hukuman penjara meningkat sehingga tujuh tahun dan hukuman sebat wajib sehingga 12 sebatan.



Polis berkata dengan sokongan pegawai Biro Narkotik Pusat, empat lelaki dan dua wanita lain, berusia antara 16 tahun dengan 59 tahun, diberkas kerana kesalahan berkaitan dadah.



Juga ditangkap ialah tiga lelaki lain, berusia antara 24 tahun dengan 42 tahun, atas kesalahan termasuk ugutan jenayah dan mencuri.



Polis berkata bahawa semua siasatan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >