Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

252 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan termasuk tipu, labur wang haram, dalam operasi 16 hari

Dec 14, 2020 | 05:55 PM



SERAMAI 252 individu ditangkap bagi pelbagai kesalahan dalam tempoh operasi penguatkuasaan selama 16 hari yang dikendalikan Divisyen Polis Bedok.



Kebanyakan daripada mereka diberkas atas kesalahan yang berkaitan dengan penipuan dan tailong manakala sebilangan kecil pula ditangkap kerana kesalahan dadah dan jenayah lain.



Individu ini berusia antara 16 dengan 76 tahun. Mereka terdiri daripada 186 lelaki dan 66 wanita.



Menurut satu kenyataan polis pada Isnin (14 Disember), operasi ini dijalankan dari 23 November hingga 8 Disember.



Dalam kalangan mereka yang diberkas, 50 lelaki dan 19 wanita disiasat kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan e-dagang dan pelaburan wang haram dengan nilai urus niaga melebihi $15.1 juta.



Lagi 129 lelaki dan 45 wanita antara usia 18 dengan 76 tahun pula disiasat bagi kes penipuan peminjaman wang dan kegiatan tailong melibatkan urus niaga lebih $216,000.



Dalam kalangan mereka yang ditangkap, 11 lelaki dan lapan wanita, antara usia 20 dengan 61 tahun, diberkas kerana kesalahan di bawah Akta Peminjam Wang



Kesalahan menipu ini membawa pada penjara sehingga 10 tahun dan denda, di mana kegiatan pelaburan wang haram boleh didenda dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga $500,000.



Pesalah kali pertama yang didapati bersalah membantu dalam peminjaman wang tidak berlesen boleh didenda antara $30,000 dengan $300,000 serta dipenjara hingga empat tahun dengan hukuman sebat mandatori sehingga enam kali.



Pesalah berulang juga tertakluk pada hukuman denda yang sama tetapi tempoh penjara sehingga tujuh tahun dan sebatan mandatori sehingga 12 kali juga dikenakan.



Polis menambah, dengan sokongan pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB), lagi empat lelaki dan dua wanita, antara usia 16 dengan 59 tahun turut diberkas kerana kesalahan berkaitan dadah.



Turut ditangkap adalah tiga lagi lelaki antara usia 24 dengan 42 tahun di atas kesalahan jenayah menakut-nakutkan orang lain dan mencuri.



Siasatan sedang dijalankan bagi semua kes ini, tambah polis.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >