Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

25,500 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas dalam 2 serbuan

Jan 25, 2017 | 03:38 PM



SEBANYAK 25,500 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas dalam dua operasi yang dijalankan oleh Kastam Singapura pada 17 Jan dan 23 Jan.



Ia adalah rampasan rokok terbesar sejak April 2015, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (25 Jan).



Operasi pertama yang dijalankan minggu lalu di sebuah syarikat logistik di Jurong Port Road dengan 4,900 karton dijumpa tersembunyi dalam kotak coklat.



Seorang lelaki warga Singapura dan seorang wanita, masing-masing berusia 59 dan 54 tahun, dan seorang lelaki warga Malaysia berusia 37 tahun, telah ditangkap.



Siasatan kes itu membawa kepada satu lagi operasi pada Isnin (23 Jan). Pegawai Kastam Singapura merampas lagi 20,600 karton yang disimpan dalam dua bekas yang diletakkan di kawasan kenderaan di Sektor Pioneer 3.



Jumlah GST yang terlibat dalam kedua-dua operasi berjumlah lebih $2.5 juta.



Siasatan sedang dijalankan, kata Kastam Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >