Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2,553 kes baru Covid-19 dan 17 kematian; kadar pertumbuhan jangkitan mingguan turun sedikit

Nov 08, 2021 | 12:07 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 2,553 jangkitan baru Covid-19 pada Ahad (7 Nov), turun daripada 3,035 sehari sebelumnya.

MOH juga mengatakan  17 orang berumur antara 45 dengan  89 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan Covid-19.

Sementara itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 turun sedikit kepada 0.81 pada Ahad (7 Nov), turun daripada 0.83 pada Sabtu.





Ini adalah hari kelima berturut-turut kadar itu di bawah angka satu sejak MOH mula melaporkan angka tersebut.

Kadar jangkitan merujuk kepada nisbah kes masyarakat  pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Selain itu, kadar penggunaan keseluruhan unit jagaan  rapi (ICU) menurun pada Ahad, kepada 69.9 peratus – turun daripada 72.8 peratus pada Sabtu, kata MOH.





Daripada 17 kematian yang dilaporkan pada Ahad, kesemuanya mempunyai pelbagai  isu kesihatan lain kecuali seorang yang diberi vaksin dan berumur 85 tahun yang tidak mempunyai keadaan kesihatan yang diketahui, kata MOH dalam kenyataan hariannya, tanpa memberi butiran lanjut.

Kematian terbaru itu menjadikan jumlah kematian di Singapura kepada 497.  Jumlah kes di negara ini kini berjumlah 218,333.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >