Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

2,570 lubang terbentuk di jalan raya bulan lalu sebab hujan lebat

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN rekod 2,570 lubang telah terbentuk di jalan raya di Singapura pada bulan lalu disebabkan hujan lebat.



Ini lebih seganda bilangan lubang di jalan raya yang dirakamkan dalam sesebuah pada musim hujan, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) Amy Khor, yang menekankan keadaan hujan pada bulan lalu lain dari yang lain.



Menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) dan Encik Melvin Yong (Radis Mas), Dr Khor berkata lebih 95 peratus lubang-lubang ini telah diperbaiki sehingga kelmarin.



Tambah beliau, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengutamakan usaha memperbaiki lubang-lubang di jalan raya yang dianggap lebih menjejas keselamatan dan sedang berusaha memperbaiki lubang-lubang yang lain.



Dr Khor berkata LTA biasanya cuba memperbaiki lubang di jalan raya dalam tempoh 24 jam ia diketahui, dan telah menambah tenaga manusia bagi usaha itu sebanyak tiga ganda pada bulan lalu.



"Malangnya, hujan lebat menjejas kerja mengisi dan menampal lubang di jalan raya kerana permukaan jalan raya harus kering supaya bahan yang digunakan untuk menampalnya boleh melekat," ujar Dr Khor.



Lubang di jalan raya dilihat di serata negara selepas hujan lebat bulan lalu, mencetus sebahagian pengguna jalan raya, termasuk pengayuh basikal meluahkan rasa prihatin.



Lubang di jalan raya disebabkan hujan yang berpanjangan, apabila bilangan air yang banyak meresap ke jalan raya menerusi retakan di laluan tepi jalan. Penggunaan berterusan jalan raya itu menyebabkan air meresap lebih dalam dan menyebabkan retakan menjadi lebih besar dan akhirnya membentuk lubang.



Dr Khor berkata LTA secara kerap memeriksa lebih 9,000 lorong-kilometer jalan raya bagi kerosakan.



Ekspreswe diperiksa setiap minggu, dengan jalan raya utama diperiksa setiap dua minggu.



Jalan raya lain pula diperiksa setiap lapan minggu.



LTA juga menyiasat maklum balas yang diterima dari pihak awam.



Dalam pada itu, berkenaan isu tanah runtuh di cerun, Dr Khor berkata LTA melakukan pemeriksaan setiap suku tahun ke atas sekitar 200 cerun yang berhampiran jalan raya awam.



Pemeriksaan mingguan dilakukan ke atas cerun yang lebih mencuram semasa musim hujan kerana ia dianggap berisiko lebih tinggi mengalami tanah runtuh.



Dr Khor berkata ada dua kejadian tanah runtuh di dua bahagian permukaan cerun di jalan susur keluar dari Eksprese Tampines (Ekspreswe Pan-Island) ke Loyang Avenue dan Tampines Avenue 7 pada bulan lalu.



Hanya dua insiden berhubung tanah runtuh itu dilaporkan sepanjang tahun lalu, kata beliau.



Kededua insiden itu berlaku meskipun permukaannya ditutup dengan bahan pelindung.



Memberi respons kepada kededua insiden itu, LTA telah memperkukuhkan kawasan yang terjejas dengan konkrit.



Ia juga menutup jalan susur itu sebagai langkah keselamatan dan mengalihkan trafik dari kawasan tersebut.



"Apabila insiden sedemikian berlau, sama ada lubang di jalan raya atau tanah runtuh, keutamaan kita adalah memberikan respons pantas bagi mengurangkan kepada minimum risiko keselamatan," kat Dr Khor.



Tambah beliau, LTA akan terus mengkaji penggunaan teknologi bagi mengawasi dan bagi kerja-kerja pembaikan jalan raya dan cerun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >