Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

259 individu disiasat jadi 'keldai wang'

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



POLIS sedang menyiasat 259 individu yang didakwa terlibat dalam kes penipuan atau telah memainkan peranan sebagai keldai wang.



Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata individu-individu berkenaan dipercayai terlibat dalam lebih 654 kes di mana mangsa dikatakan telah kerugian lebih $5.9 juta.



Kes-kes itu melibatkan pelbagai jenis kes penipuan.



Ini termasuk penipuan Cinta dalam Internet, perdagangan elektronik, penyamaran media sosial dan pegawai pemerintah atau dari China, penipuan pelaburan, pinjaman wang, sokongan teknikal, pancingan data dan penipuan tawaran pekerjaan.



Suspek merangkumi 170 lelaki dan 89 wanita, berusia antara 16 dengan 80 tahun.



Pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh lagi pegawai daripada divisyen darat telah melaksanakan operasi selama dua minggu dari 14 Januari hingga kelmarin.



Suspek disiasat atas kesalahan berkait penipuan, pemiutang wang secara haram atau tawarkan khidmat pembayaran tanpa lesen.



Pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda jika disabit bersalah atas kesalahan itu.



Mereka yang disabit kesalahan pemiutang wang haram boleh dijel sehingga 10 tahun, didenda sehingga $500,000 atau kedua-duanya.



Kesalahan mengendali perniagaan yang menawarkan khidmat pembayaran tanpa lesen pula membawa denda sehingga $125,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.



"Polis memandang serius terhadap sebarang individu yang terlibat dalam penipuan dan pesalah akan hadapi hukuman undang-undang," tegas polis.



Kes penipuan menjadi keprihatinan orang ramai setelah sekurang-kurangnya $8.5 juta daripada hampir 470 pelanggan Bank OCBC dicuri oleh penipu tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >