Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

$25b Diperuntuk bagi jamin masa depan sg

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PELAN PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PERUSAHAAN 2025 (RIE2025)

$25b Diperuntuk bagi jamin masa depan sg

$2.2b disalur bagi latih penyelidik dan saintis
Dec 12, 2020 | 05:30 AM

SEBANYAK $2.2 bilion akan disalurkan bagi tujuan melatih penyelidik dan saintis sepanjang lima tahun akan datang di bawah pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2025 (RIE2025) Singapura.

Jumlah itu membentuk sekitar 10 peratus daripada dana $25 bilion yang diperuntuk bagi RIE2025 yang dilancarkan semalam dan sekitar $300 juta lebih tinggi berbanding pelan penyelidikan, inovasi dan perusahaan Singapura sebelum ini, RIE2020.

Jumlah dana lebih tinggi yang diperuntuk itu antara lain akan membiayai sekitar 4,700 biasiswa possiswazah serta 1,000 pekerjaan dan tempat program pelatih.

Dalam satu sidang media semalam, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata teknologi dan inovasi telah mewujudkan banyak peluang bagi perusahaan yang berupaya menguasainya.

Namun, mereka yang gagal melakukan demikian terdedah kepada persaingan lebih ketat dan gangguan.

"Berbanding syarikat berbilang negara (MNC), banyak perusahaan setempat berada di tahap awal usaha inovasi mereka.

"Mereka kurang berpengalaman bekerja dengan masyarakat penyelidikan dan kurang berupaya menghasilkan produk, khidmat dan huraian baru bagi pasaran daripada inovasi penyelidikan," ujar Encik Heng yang juga pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF).

Tambahnya, satu cabaran yang biasanya dihadapi perusahaan adalah untuk mengenal pasti teknologi baru yang relevan kepada industri mereka serta mendapatkan bakat yang sesuai untuk menggunakan teknologi ini bagi pembangunan huraian perniagaan yang baru.

Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, turut mengumumkan program Fellowship Inovasi dan Perusahaan (IFP) yang akan dilancarkan di bawah RIE2025 untuk mengembangkan bakat yang berkemahiran dalam bidang komersialisasi teknologi.

Program tersebut antara lain akan memberi individu peluang mendapatkan bimbingan serta latihan sambil bekerja menerusi penempatan kerja dalam sektor awam dan privet.

NRF telah melantik firma milik pemerintah Singapura, SGInnovate - yang telah melancarkan programnya sendiri untuk melatih bakat dalam peranan kejuruteraan robotik - sebagai rakan kerja wadah IFP yang pertama.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran yang turut hadir di sidang media semalam berkata pembangunan bakat penting bagi Singapura membina asas saintis dan jurutera yang kukuh, yang akan membantu Singapura menjadi sebuah hab inovasi digital yang boleh dipercayai dan menghasilkan huraian bagi dunia.

"Mereka harus dilengkapi dengan pengurus produk dan ahli strategi yang boleh membantu menghasilkan produk dan khidmat berguna daripada hasil dapatan penyelidikan, serta membawa idea ini masuk ke dalam pasaran dengan cepat," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3