Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

26 pelajar Madrasah Aljunied sertai program IB

Mar 08, 2019 | 02:37 PM



SERAMAI 26 pelajar di Madrasah Aljunied menjadi kohort pertama pelajar yang menyertai Program Diploma International Baccaulaureate (IBDP) baru-baru ini.



Mengumumkan demikian hari ini (8 Mac), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata program itu bertujuan melengkapi asatizah masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran yang lebih luas, demi membimbing masyarakat selanjutnya.



Di samping itu, Encik Masagos juga berkata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menjalin kerjasama rapat dengan Madrasah Wak Tanjong dan Lembaga Pentadbir Madrasah Wak Tanjong yang baru untuk melaksanakan Pakej Bantuan Menyeluruh demi mengukuhkan pentadbiran dan program pendidikannya dan juga memberi perspektif yang pelbagai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >