Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

270 blok HDB dilengkapi lif di bawah Program Peningkatan Lif

lif
Apr 06, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 270 blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah dilengkapkan dengan lif di bawah Program Peningkatan Lif (LUP), kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Bagi kebanyakan blok itu, kos melengkapkannya dengan lif menepati had kos di bawah LUP.



HDB mengambil pendekatan lebih fleksibel bagi blok lain yang tidak menepati had kos tersebut, demi memastikan penduduk dapat menikmati akses secara langsung kepada lif di setiap tingkat.



Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (Chua Chu Kang) di Parlimen semalam.



Encik Zhulkarnain menanyakan dua soalan mengenai berapa banyak blok HDB telah dilengkapkan dengan lif di bawah LUP dan bagaimana keadaan dengan 150 blok yang tidak terangkum di bawah program LUP itu.



Memberikan responnya, Dr Faishal berkata: "Membina lif bagi baki 150 blok yang tidak mempunyai akses kepada lif secara langsung hari ini akan memerlukan kos tinggi - ada akan menelan belanja lebih $200,000 bagi setiap isi rumah, cukup untuk membeli satu lagi flat HDB.



"Bagi blok-blok ini, HDB akan terus meninjau cara baru untuk mengurangkan kos LUP, serta pilihan lain untuk mempertingkat akses bagi penduduk yang tinggal di blok yang tidak mempunyai akses lif secara langsung."



Dalam pada itu, Dr Faishal menambah bahawa penduduk di blok-blok ini yang memerlukan akses kepada lif secara mendesak disebabkan masalah kesihatan atau atas sebab pergerakan terhad, boleh mendapatkan Geran Perumahan Akses Lif hingga $30,000 apabila mereka membeli flat yang mempunyai akses lif secara langsung.



Seperti pemilik flat lain, mereka mempunyai tempoh enam bulan untuk menjual flat sedia ada apabila sudah membeli flat baru.



Menurut Dr Faishal, data HDB menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan geran tersebut untuk membeli flat lain tidak mempunyai masalah menjual flat sedia ada mereka.



Jika mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menjual flat sedia ada, HDB akan memberikan lanjutan tempoh berdasarkan kes, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >