Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

27,000 kanak-kanak bayar yuran tajaka lebih rendah tahun depan

Hasil lebih banyak pusat prasekolah sertai skim bertujuan kurangi yuran
Nov 26, 2020 | 05:30 AM



LEBIH 27,000 kanak-kanak warga Singapura dijangka meraih manfaat tahun depan daripada skim pemerintah yang bertujuan merendahkan yuran prasekolah, dengan lebih banyak tajaka menyertai skim itu.



Sejumlah 324 tajaka, yang dikendalikan oleh 29 pengendali konsortium, telah dilantik menyertai skim Pengendali Rakan Kongsi (POP) mulai Januari depan.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata bilangan tajaka yang menyertai pusingan kedua skim itu 30 peratus lebih tinggi daripada jumlah sekarang.



Pada masa ini 250 tajaka yang dikendalikan 23 rakan menyertai skim tersebut. Sekitar 20,000 kanak-kanak sedang memanfaat skim itu.



Dalam satu kenyataan semalam, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) berkata had yuran perkhidmatan bagi penjagaan kanak-kanak dan bayi masing-masing akan diturunkan kepada $760 dan $1,330 sebulan menjelang 1 Januari 2021, daripada $800 dan $1,400 sebulan bagi penggal semasa. Yuran itu tidak termasuk GST.



Encik Masagos semalam berkata: "Kami telah meningkatkan lagi tempat (prasekolah) kepada 7,000 anak-anak di prasekolah dan ini peningkatan 35 peratus daripada jumlah yang disediakan sekarang."



Beliau mengumumkan demikian semasa lawatannya ke sebuah prasekolah di Pasir Panjang bersama Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Encik Masagos berkata hingga 2025, pemerintah menganggarkan sekitar 80 peratus pengendali prasekolah akan menerima sokongan di bawah skim POP baru itu.



Menurut ECDA, ia menerima 52 permohonan daripada pengendali perkhidmatan penjagaan kanak-kanak komersial, tidak mencari untung dan pengendali baru untuk menyertai penggal skim POP selanjutnya ini.



Setelah permohonan itu dinilai, ECDA melantik 324 tajaka yang dikendali 29 pengendali, termasuk tujuh pengendali baru.



Encik Masagos menjelaskan tiga faktor penting dipertimbangkan dalam permohonan skim POP baru itu.



Faktor itu ialah mutu yang dijamin dalam membangun anak-anak di prasekolah oleh guru, termasuk tauliah yang diraih para guru dan latihan yang mereka harus jalani sepanjang kerjaya; kemampuan yuran yang diberikan kepada ibu bapa; dan akses kepada khidmat tersebut - agar setiap prasekolah membolehkan setiap anak memasuki prasekolah itu tanpa hambatan dari segi bahasa, agama atau bangsa.



Mengenai had yuran baru dalam skim itu, Encik Masagos berkata: "Matlamat kami (pemerintah) pada 2025 ialah yuran yang dibayar oleh ibu bapa yang meletak anak mereka di prasekolah akan sama dengan yuran yang dibayar bagi anak-anak yang diletak di penjagaan selepas sekolah.



"Jika kita lihat pada keluarga bergaji lebih kurang $8,000, mereka akan jimat sebanyak $500 pada tahun akan datang daripada yuran yang dibayar bagi anak yang diletak di prasekolah.



"Buat masa ini, ia akan diturunkan secara bertahap kerana pengendali perlu menanggung kos tertentu, dan dengan adanya matlamat ini mereka akan tahu cara mengurusnya supaya sampai ke matlamat tersebut."




"Jika kita lihat pada keluarga bergaji lebih kurang $8,000, mereka akan jimat sebanyak $500 pada tahun akan datang daripada yuran yang dibayar bagi anak yang diletak di prasekolah."
- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >