Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

271 kes import Covid-19 dari Asia Selatan sejak 28 hari lalu; separuh warga, PR S'pura: MOH

May 16, 2021 | 12:04 AM



SINGAPURA melaporkan 271 kes import Covid-19 dari Asia Selatan sepanjang 28 hari lalu. Separuh daripada kes ini adalah warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) Singapura, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (15 Mei).



Pemegang pas kerja, pemegang pas pelajar atau tanggungan membentuk 46.5 peratus daripada kes import ini. Baki 3.3 peratus pula pengunjung jangka pendek.



Secara keseluruhannya, Singapura melaporkan 409 kes import sebegitu antara 16 April dengan 13 Mei. Dari sejumlah itu, kurang 8 peratus adalah pengunjung jangka pendek.



Memberi respons kepada pertanyaan media mengenai jumlah kes import yang merupakan pengunjung jangka pendek, MOH berkata hanya mereka dengan hubungan kekeluargaan di sini atau mereka yang mengunjungi Singapura atas sebab belas kasihan seperti menghadiri upacara pengkebumian atau kematian mahupun mendapatkan rawatan perubatan dibenarkan masuk ke Singapura.



Singapura telah melaporkan tentang bilangan kes Covid-19 yang meningkat dengan individu-individu ini didapati positif buat sementara waktu bagi ujian varian B1617 yang berasal dari India.



Menegaskan bahawa varian ini bukan masalah Singapura semata, MOH berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyifatkannya sebagai varian yang menjadi keprihatinan sejagat dengan Eropah, Australia, Jepun dan China semua mempunyai jangkitan berpunca daripada varian ini.



"Ini adalah sebab utama mengapa jangkitan ini meningkat serata Asia - di Malaysia, Thailand, Jepun. Malahan sehingga sekarang, rantau selamat seperti Singapura, Taiwan dan Vietnam, sedang mengalami penularan kes masyarakat," tambah MOH.



Ia menjelaskan lagi, kes ini semua berasal daripada jangkitan import kerana semua sempadan terdedah pada penyerapan virus. Hanya satu kes diperlukan bagi menyebabkan penularan wabak dengan tiada negara mampu mengekang dirinya daripada virus ini secara menyeluruh.



MOH menekankan semua ketibaan pengunjung luar tertakluk pada pemberian Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan ujian yang ketat dengan virus itu boleh disebarkan oleh sesiapa sahaja dan bukannya hanya pengunjung jangka pendek.



"Ini adalah cabaran yang dihadapi semua negara kerana tiada yang dapat menutup sempadan sepenuhnya. Paling sedikit pun, warga negara dan penduduk mesti dibenarkan pulang ke negara masing-masing," kata MOH.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >