Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

$2.75j jaya dikumpul oleh RLAF, bantu rakyat Palestin di Gaza

May 28, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK $2.75 juta telah dikumpulkan sehingga pagi semalam oleh Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF), bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.



Mengongsi jumlah itu bersama Berita Harian, RLAF berkata dana yang berjaya dikumpulkan kali ini dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA), adalah jauh lebih tinggi daripada usaha pengumpulan dana yang pernah dijalankan sebelum ini.



Pada 2012 dan 2014, usaha pengumpulan dana, khususnya bagi masyarakat Palestin di Gaza, lebih $1.5 juta berjaya dikumpulkan.



Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman berkata penyumbang dana untuk projek kemanusiaan di Gaza terdiri bukan sahaja daripada masyarakat Melayu/Islam malah daripada berbilang bangsa dan agama.



"Ini amat memberangsangkan kerana ia menunjukkan bahawa masyarakat kita merupakan masyarakat yang prihatin dan bersatu padu dalam membantu dan menyebarkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira batasan bangsa dan agama.



"Keharmonian dan perpaduan ini perlu terus dijaga dan dipupuk selari dengan semangat RLAF iaitu menyebarkan rahmah kepada sekalian alam atau Rahmatan Lil 'Alamin," katanya.



Di samping itu, beliau turut melahirkan rasa syukur atas kepercayaan masyarakat Singapura dalam menyalurkan dana bagi bantuan kemanusiaan menerusi RLAF.



"Sebagai Institusi Bertaraf Awam (IPC) dan pertubuhan amal berdaftar, segala pungutan dan agihan dana kami adalah telus, mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Pertubuhan-pertubuhan Amal (CoC) terlebih dahulu dan menjalani proses audit yang ketat oleh juruaudit bertauliah setiap tahun dan ini diumumkan dalam Laporan Tahunan kami," kongsinya.



Beliau menambah, ini merupakan satu aspek penting untuk mengetahui bahawa dana yang disumbangkan oleh masyarakat dapat memanfaatkan golongan penerima sebaik mungkin seperti yang ditujukan.



RLAF, yang ditubuhkan pada 2009, dengan sokongan masjid, telah sebelum ini mengumpul dana lebih $7.7 juta untuk memanfaatkan masyarakat kawasan-kawasan yang telah dilanda bencana.



Ini termasuk kawasan seperti Aceh, Palu, Lombok, Laos, Asia Selatan dan yang mengalami krisis kemanusiaan seperti Rohingya, Syria, Yemen, Palestin dan lain-lain lagi.



Orang ramai masih lagi boleh menderma ke RLAF melalui pelbagai kaedah dalam talian sehingga 30 Mei ini.



Antara bantuan yang akan dihulurkan termasuk memberi sokongan dalam bentuk bantuan kesihatan, makanan serta khidmat masyarakat bagi masyarakat yang terjejas dengan perkembangan terkini di Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >