Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN RINGKAS JENAYAH TAHUNAN 2020

$277,000 'lesap' ketika tempah bilik hotel

Feb 10, 2021 | 05:30 AM



IA bermula dengan deposit sebanyak $600 untuk menempah satu bilik di Hotel Marina Bay Sands (MBS) menerusi seorang penjual di Carousell.



Namun, dalam sekitar empat bulan kemudian, jumlah wang yang ditipu daripada pasangan berusia awal 20-an itu melonjak hingga mencecah lebih suku juta dolar.



Mangsa penipuan yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Ivan, 22 tahun - yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) - dan pasangannya, Cik Jessica, 25 tahun, seorang pemilik perniagaan telah ditipu sebanyak $277,000 wang simpanan mereka.



Berkongsi ketika sidang media kelmarin, Encik Ivan berkata:



"Pada awalnya, kami tertarik dengan pakej hotel MBS itu di Carousell kerana ia murah dan menerima banyak review daripada pelanggan lain.



"Kami pun menempah satu bilik dan kemudian menempah beberapa bilik lagi untuk kawan-kawan kami."



Secara keseluruhan pasangan itu menempah sebanyak sembilan bilik di hotel berkenaan bagi tempoh kunjungan selama tiga malam daripada penjual itu.



Secara keseluruhan, tempahan mereka melibatkan wang deposit sebanyak $29,000.



Kemudian, pasangan itu memberitahu bahawa penjual daripada Carousell itu memaklumkan tempahan mereka tidak dapat diuruskan.



"Ini kerana wang yang telah diberi kepada penjual itu didapati tersendat dalam akaun banknya, telah 'dirampas oleh pihak berkuasa'," kata Ivan.



Namun, kenyataan tersebut hanya digunakan untuk mendapatkan lebih banyak wang daripada pasangan tersebut.



"Dia kata, kami perlu memberi lebih wang kepadanya untuk membiayai bayaran pembatalan tempahan bilik hotel kami yang tak dapat diuruskan itu.



"Bagi mendapatkan wang kami pula, kami perlu memberinya lagi wang agar dia boleh memulangkan deposit oleh pelanggannya yang lain - yang turut mengalami keadaan yang sama seperti kami - supaya pihak berkuasa dapat melonggarkan sekatan itu," kata Ivan lagi.



Secara keseluruhan, pasangan itu telah memberi si penipu wang melebihi $277,000 dalam tempoh empat bulan kerana ingin mendapatkan wang deposit mereka.



"Wang yang diberikan itu sangatbanyak kerana kami sangat terperangkap dalam keadaan ini hingga kami tak tahu apa lagi yang perlu dilakukan dan tak tahu bagaimana nak dapatkan wang kami balik... (dan) oleh sebab penjual itu memberi jaminan untuk mengembalikan wang kami," kata Ivan.



Jelasnya, penjual itu pernah berjanji akan menemui mereka di beberapa kawasan tertentu di serata Singapura untuk memulangkan wang mereka.



"Pada satu ketika, dia memberi kami satu alamat di mana dia telah meninggalkan beg yang dipercayai mengandungi wang kami.



"Dia juga sering menghubungi kami menerusi WhatsApp untuk mengemas kini status pengembalian wang kami, termasuk menghubungi kami menerusi pautan video," kata Ivan.



Menyusuli kes berkenaan, pada 21 Januari lalu, polis berkata menerusi satu kenyataan, ia telah menahan seorang lelaki berusia 27 tahun kerana disyaki terlibat dalam penipuan e-dagang.



Menurut polis, pihaknya telah menerima beberapa laporan daripada pengguna yang mengadu mereka ditipu seorang penjual dalam talian yang mengiklankan pakej diskaun hotel MBS di platform Carousell.



Kenyataan itu menambah, siasatan awal mendapati lelaki tersebut terlibat dalam sekurang-kurangnya lapan kes penipuan e-dagang yang melibatkan wang lebih $360,000.



Dalam pada itu, perangkaan kadar jenayah yang dikeluarkan polis semalam menyatakan 15,756 kes penipuan dilaporkan tahun lalu.



Jumlah kes penipuan meningkat mendadak sebanyak 65.1 peratus berbanding 9,545 kes pada 2019.



Jenis penipuan yang dialami Encik Ivan dan Cik Jessica itu - iaitu penipuan perdagangan elektronik, atau e-commerce, menyaksikan kenaikan sebanyak 19.1 peratus dan merupakan jenayah yang paling sering dilaporkan.



Jumlah wang yang ditipu menerusi jenis penipuan itu pula meningkat daripada $2.3 juta pada 2019 hingga $6.9 juta tahun lalu.




TERMAKAN TAWARAN MENARIK



"Pada awalnya, kami tertarik dengan pakej hotel MBS itu di Carousell kerana ia murah dan menerima banyak review daripada pelanggan lain. Kami pun menempah satu bilik dan kemudian menempah beberapa bilik lagi untuk kawan-kawan kami."



PENIPUAN BERMULA - TEMPAHAN TAK DAPAT DIURUS



"Ini kerana wang yang telah diberi kepada penjual itu didapati tersendat dalam akaun banknya, telah 'dirampas oleh pihak berkuasa'.



Dia kata, kami perlu memberi lebih wang kepadanya untuk membiayai bayaran pembatalan tempahan bilik hotel kami yang tak dapat diuruskan itu."
- Encik Ivan, mangsa penipuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >