Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

28 bekas banduan, anak-anak jelajah taman Istana

Mar 13, 2021 | 06:02 PM



SEWAKTU Riahna (bukan nama sebenar) berada di penjara pada 2019, beliau menulis cerita bertajuk Together We Grow bagi mengingatkan dua anak kecilnya bahawa beliau kasihkan mereka.



Dalam cerita tersebut, matahari dan hujan melambangkan dua anak lelakinya yang kini berusia enam dan 10 tahun yang menjaga benih (lambang diri Riahna) dengan penuh keprihatinan dan memberinya kekuatan.



Pada Sabtu (13 Mac), Presiden Halimah Yacob membacakan cerita itu kepada sekumpulan 28 bekas banduan wanita dan anak mereka di Istana.



Kunjungan ini adalah lawatan ke taman atau 'Garden Tour@Istana' yang pertama dikendalikan dalam tempoh lebih setahun sejak koronavirus melanda Singapura.



Together We Grow pula adalah antara 10 cerita yang ditulis ibu yang sebelum ini dipenjara dan dimuatkan dalam buku Love Beyond The Walls yang dilancarkan di acara itu.



Rakaman audio dan cetakan kisah dalam buku ini dihasilkan banduan wanita ini ketika mereka dipenjara. Pada Disember 2019, kisah ini dikongsi dengan anak-anak mereka dalam satu lawatan terbuka ke penjara.



Badan amal New Life Stories yang bekerjasama dengan ibu yang hidup terpisah daripada anak mereka ini membantu banduan wanita ini dalam proses menulis. Mereka mengumpulkan cerita-cerita yang dihasilkan dan kemudian menerbitkan buku itu.



Sebanyak 1,000 naskhah buku ini telah dicetak dan boleh dibeli di laman Giving.sg mulai Sabtu.



Setiap buku berharga $35 termasuk bayaran kiriman $5. Hasil jualan buku ini akan menampung program amal New Life Stories.



Pengarah eksekutif New Life Stories, Cik Saleemah Ismail, berharap buku ini dapat memecahkan tembok pemisah antara ibu-ibu yang pernah dipenjara ini dengan anak-anak mereka.



"Buku ini berkongsi rasa cinta si ibu yang boleh digunakan bagi membina semula ikatan kekeluargaan yang hilang dengan anak mereka. Mudah-mudahan, kisah kehidupan baru dapat dicipta bersama keluarga banduan wanita ini," jelas Cik Saleemah.



Riahna, 27 tahun, menjelaskan sejak keluar dari penjara pada September 2020 menyusuli hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan dadah, beliau berusaha gigih membangun semula hubungannya dengan anak-anaknya.



Beliau membawa mereka ke tepi pantai dan kini sedang mencari kerja tetap bagi menyara hidup mereka. 



Riahna dan anak-anaknya tinggal bersama neneknya yang menjaga anak-anaknya apabila beliau dipenjara. Menurut Riahna, beliau masih membacakan cerita yang ditulisnya buat anak-anaknya amati.



"Kini, mereka lebih dewasa dan dapat memahami pesanan dalam cerita saya itu. Mereka khususnya sukakan bahagian cerita yang melambangkan diri mereka. Saya juga terharu Puan Halimah membaca cerita saya.



"Saya tidak banyak berbakti buat anak-anak saya tetapi mereka bangga dengan pencapaian saya menghasilkan kisah ini khususnya anak sulung saya. Saya dapat lihat rasa bangga daripada sinar matanya," ujar Riahna.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >