Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

28 pelajar Poly Ngee Ann dikenakan tindakan disiplin selepas soal siasat kes video buli

May 18, 2021 | 05:32 PM



PELAJAR Politeknik Ngee Ann (NP) yang telah menimbulkan kekecohan di media sosial selepas video buli rakan sebaya tular telah dikenakan tindakan disiplin selepas satu siasatan.



Akhbar The Straits Times melaporkan dalam satu e-mel yang dikirimkan kepada pelajar NP pada Isnin (17 Mei), politeknik itu berkata, satu soal siasat disiplin telah dilakukan antara 19 April dengan 21 April lalu. Seramai 28 pelajar didapati terlibat dalam kes itu.



Hukuman yang diberi kepada 28 pelajar lelaki dalam tahun kedua dan ketiga itu pelbagai daripada dikenakan perintah kerja pemulihan hinggalah digantung pengajiannya buat masa ini.



Pada 22 Mac lalu, klip video beberapa pelajar NP yang kencingkan dua lagi pelajar lelaki yang berada dalam keadaan bogel dan bercangkung di tandas kampus mula tular di media sosial.



Pada hari yang sama, NP menjalankan siasatan dan menawarkan sokongan kaunseling kepada pelajar yang terlibat.



Menurut NP dalam e-melnya, 28 pelajar itu telah menyertai program percubaan pada 20 Mac bagi pemudah cara pelajar mempersiapkan diri bagi program mempererat hubungan pelajar baru yang dikendalikan Kesatuan Pelajar NP (NPSU).



"Selepas program percubaan itu, kumpulan 28 pelajar yang berhimpun di tandas kampus ini melakukan perkara yang tidak wajar secara sengaja hanya untuk 'berseronok', dipimpin salah seorang daripada mereka.



"Perbuatan itu tidak senonoh dan tidak menghormati (orang lain) serta melanggar kod tingkah laku NP," jelas e-mel tersebut.



NP juga menambah pelajar yang terlibat mengambil video dan foto perbuatan mereka dan berkongsi bersama teman lain dalam kumpulan sembang WhatsApp sebelum memuatnaikkannya ke dalam platform media sosial lain.



Menurut NP lagi, semua kegiatan NPSU telah dihentikan sejak 25 Mac lalu hingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.



Terdapat dakwaan lain seperti membuli dan mengganggu secara seksual yang turut dikemukakan ke atas NPSU di media sosial.



"Mengenai dakwaan terhadap kegiatan lalu dan tingkah laku silam NPSU yang timbul di media sosial selepas kejadian itu, kami ingin nyatakan bahawa kami memerlukan lebih banyak masa bagi menamatkan siasatan sementara kami mengumpulkan maklum balas dan fakta tentang kegiatan lalu itu. Jika ada perbuatan yang salah ditemui, kami tidak akan teragak-agak bagi mengambil tindakan yang wajar," kata NP.



Pelajar yang terlibat dalam kejadian itu juga didapati melanggar sekatan Covid-19 dengan tidak menggunakan pelitup atau memastikan wujud jarak selamat antara mereka.



Menurut NP lagi, ia telah menambah dasar antipenderaan dalam kod tingkah laku pelajarnya yang membentangkan apa yang dianggap wajar atau tidak dari segi kegiatan dan sikap mereka.



Ia juga akan mempertingkat usaha mendidik dan menekankan tentang kepentingan saling menghormati dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.



Kakitangan NP akan kekal mengawasi kegiatan pelajar di kampus meliputi pemilihan dan latihan pemimpin dan sukarelawan pelajar.



"Semua pelajar digalakkan agar tampil melaporkan kegiatan atau kejadian yang mereka rasa tidak selesa sertai walaupun kegiatan itu mungkin kelihatan dibuat atas kerelaan kedua-dua pihak," jelas NP.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >