Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

28 sekolah menengah bakal menjadi peneraju SBB dari 2020

Sep 04, 2019 | 02:35 PM



PADA Mac, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penggunaan aliran yang sedia ada - Express, Normal Akademik (NA) dan Normal Teknikal (NT).



Sebagai pengganti, sistem Pengumpulan Berdasarkan Mata Pelajaran (SBB) akan dikuat kuasa, di mana pelajar boleh mengambil mata pelajaran kemanusiaan pada tahap berdasarkan kekuatan masing-masing, di samping mengambil subjek teras mereka.



Walaupun sistem itu akan dilancarkan secara rasmi menjelang 2024, 28 sekolah akan menjadi peneraju dalam menjayakan SBB secara keseluruhan bermula 2020.



Sekolah-sekolah ini akan mengubah suai kumpulan kelas demi memastikan campuran pelajar yang pelbagai, atau menawarkan subjek kemanusiaan seperti geografi, sejarah dan kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris, di tahap yang lebih mencabar, atau kededuanya sekali.



Antara sekolah yang bakal mengambil bahagian dalam projek perintis ini ialah Sekolah Menengah St Andrew’s (SASS).



Menurut Cik Valerie Yeo, selaku ketua komunikasi dan kesusasteraan korporat di SASS, langkah untuk menjadi antara sekolah yang mengambil bahagian dalam projek perintis ini adalah satu perkembangan semula jadi bagi SASS, memandangkan ia telah mula melaksanakan aspek SBB seawal 2018.



Dari 2020, SASS akan mempunyai kira-kira tujuh kelas menengah satu yang terdiri daripada campuran pelajar Express dan pelajar NA, serta pelajar NA dan pelajar NT. 



Sekolah tersebut mempunyai kaedah pengajaran yang pelbagai, yang sesuai digunakan terhadap pelajar yang berlainan kekuatan.



Sekarang, sekitar 80 peratus pelajar NT menengah satu di SASS mengambil sekurang-kurangnya satu subjek SBB, iaitu mereka boleh mengambil salah satu subjek teras mereka - Bahasa Inggeris, Matematik, Sains atau Bahasa Ibunda - di tahap yang lebih tinggi. 



Bahkan, sekitar 25 peratus pelajar NA menengah satu mengambil satu mata pelajaran SBB di peringkat Ekspres.



Guru turut akan menjalani latihan peningkatan, di mana mereka akan diajar cara menggalak interaksi positif di kalangan pelajar yang berlainan kekuatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >