Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

2,800 pertubuhan tawar lebih 19,000 tempat latihan kepada graduan baru di bawah program SGUnited

Jun 10, 2020 | 09:28 PM

SEBANYAK 2,800 pertubuhan telah menawarkan lebih 19,000 tempat latihan kepada graduan baru daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik, universiti dan institut pendidikan privet lain, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo.

Beliau mendedahkan demikian dalam satu kiriman Facebook setelah mengadakan sesi perbincangan maya bersama beberapa graduan baru daripada institut-institut tersebut pada pagi Rabu (10 Jun).

Cik Teo berkata Program Pelatihan SGUnited (SGUnited Traineeship Programme) itu bertujuan membuka laluan baru untuk mereka memulakan kerjaya.

"Meskipun program pelatihan ini tidak sama seperti pekerjaan, ia akan membantu para graduan membina rangkaian, kemahiran serta resume masing-masing."

Menerusi program itu, peserta bakal mempunyai peluang lebih baik untuk mendapatkan jawatan tetap apabila permintaan pengambilan pekerja meningkat semula nanti, tambah beliau.

"Untuk menawarkan pengalaman pelatih yang bermakna, kami sedang bekerjasama dengan para penganjur dalam dua aspek, iaitu mendedahkan peserta kepada syarikat berbeza serta rangkaian mereka dan kepelbagaian peranan untuk dipilih," ujarnya.

Dalam pada itu, Cik Teo turut menggesa agar mereka yang baru menamatkan pendidikan atau mereka yang ingin menukar kerjaya untuk menyertai program ini supaya mereka dapat "mencapai cita-cita baru atau cita-cita jangka panjang" masing-masing.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian