Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

285 penduduk, pengunjung Blok 559 di Pasir Ris tamat ujian Covid-19, semua negatif sejauh ini

May 24, 2021 | 09:50 PM



OPERASI ujian Covid-19 di Blok 559 Pasir Ris Street 51 sudah tamat dengan 285 penduduk dan pengunjung blok itu diberi ujian swab sehingga tengah hari Isnin (24 Mei), kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Jurucakap MOH dalam memberi maklumat terkini mengenai perkara ini pada Isnin petang menjelaskan 188 penduduk di blok terjejas diuji negatif Covid-19 sementara hasil ujian bagi 97 individu lain masih dinantikan.



Sejauh ini, tiada individu yang didapati positif Covid-19, jelas jurucakap itu.



MOH dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) berkata pada Ahad, pihak berkuasa akan menjalankan ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) wajib di blok di Pasir Ris itu selepas empat kes Covid-19 dikenal pasti di dua isi rumah berlainan.



Ujian swab juga dikendalikan di Blok 506, Hougang Avenue 8, kerana 10 kes Covid-19 dikenal pasti di empat isi rumah di sana.



Pada Ahad, MOH berkata siasatan awal menunjukkan unit-unit yang disahkan mempunyai kes di blok Pasir Ris tidak berkongsi tindanan yang sama, tidak seperti blok di Hougang.



Kes-kes ini termasuk pekerja pembersihan berusia 88 tahun di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi, yang pertama dikesan dalam kelompok Lapangan Terbang Changi.



Tiga kes lain adalah daripada isi rumah berbeza.



Pada Ahad, Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Desmond Tan, menulis di Facebook bahawa operasi ujian itu adalah langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Blok 559.



Ujian swab bagi penduduk ditadbir di pusat pemeriksaan serantau di tapak yang dahulunya merupakan Sekolah Rendah Coral, antara 9 pagi dengan 12 tengah hari dan 1 petang hingga 4 petang pada Ahad dan Isnin.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >