Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

29 diberkas, 99 disiasat susuli serbuan polis ke atas hampir 300 pusat urut dan hiburan awam

Oct 02, 2021 | 04:01 PM



HAMPIR 100 orang kini disiasat dengan 29 daripada mereka pula diberkas menyusuli operasi penguatkuasaan yang dijalankan ke atas 283 pusat urut dan hiburan awam serta hiburan malam.



Serbuan ini berlangsung antara 19 Ogos dengan 24 September, jelas polis dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Oktober).



Sejumlah 32 daripada 192 pusat urut ini diserbu dan didapati melanggar undang-undang.



Daripada jumlah ini, 25 pusat urut ini didapati beroperasi tanpa lesen dengan tukang urutnya menawarkan khidmat seks di premis 12 pusat urut.



Polis juga telah memberkas 23 wanita, antara usia 22 hingga 47 tahun, kerana menyediakan khidmat seks dalam pusat urut ini.



Tukang urut dan pelanggan juga didapati tidak menggunakan pelitup di dua daripada lokasi yang terbabit. Pusat urut ini diarah tutup selama 10 hari dan didenda $1,000 kerana kegagalan memastikan semua kakitangan dan pelanggan menggunakan pelitup di premis berlesen.



Pelanggan ini juga boleh didenda $300 kerana tidak menggunakan pelitup.



Polis sedang menyiasat 61 individu lain yang terdiri daripada operator, tukang urut dan pelanggan



Daripada 91 pusat hiburan awam dan hiburan malam ini, 10 pusat berlesen mahupun yang tidak didapati telah melanggar undang-undang.



Polis juga telah menjalankan operasi bersama pada 24 September dengan Agensi Makanan Singapura (SFA) di sebuah premis makan dan minum sekitar Media Circle, selepas menerima maklumat mengenai penyediaan khidmat pelayan.



Enam wanita Korea Selatan, antara usia 23 hingga 31 tahun, diberkas kerana bekerja tanpa permit kerja sah.



Mereka juga didapati menyediakan khidmat menemani pelanggan sebagai membalas langkah pelanggan membeli minuman di pusat hiburan mereka. Mereka menerima komisyen.



Empat daripada mereka termasuk 10 individu lain di pusat hiburan itu disiasat kerana melanggar undang-undang saiz perhimpunan sosial yang dibenarkan.



Polis berkata operator pusat hiburan tersebut akan disiasat kerana melanggar undang-undang termasuk gagal melaksanakan dan memastikan langkah pengurusan selamat Covid-19 dijalankan.



Siasatan ke atas 38 operator, kakitangan dan pelanggan sedang dijalankan.



Pihak polis mengatakan mereka akan terus menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan tetap ke atas pusat urut dan hiburan awam bagi mengekang aktiviti haram dan jahat.



Mereka yang didapati bersalah menjalankan khidmat urut di premis bagi urut tanpa lesen sah boleh didenda hingga $10,000 dan/atau dipenjara hingga dua tahun.



Mereka yang melanggar undang-undang jarak selamat boleh dipenjara hingga enam bulan dan/atau didenda hingga $10,000.



Kesalahan membekal arak dan menyediakan hiburan awam tanpa lesen sah pula membawa pada denda hingga $20,000



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >