Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

29 kematian di tempat kerja direkod tahun ini

Zaqy gariskan langkah pemerintah termasuk mata demerit bagi syarikat disenarai hitam daripada ambil pemegang permit kerja
Jul 15, 2022 | 05:30 AM



JATUH dari tempat yang tinggi merupakan punca utama bagi 29 kematian di tempat kerja tahun ini, termasuk 11 kematian yang melibatkan pekerja yang terjatuh.



Sebanyak 11 kes itu melibatkan tujuh pekerja yang jatuh dari tempat tinggi, dua pekerja yang jatuh ke dalam laut semasa bekerja di kapal, seorang pekerja yang jatuh semasa hendak turun dari kenderaan serta seorang lagi pekerja yang tergelincir dan jatuh di tempat kerjanya.



Perangkaan itu didedahkan semasa satu forum keselamatan tempat kerja semalam.



Jumlah kematian di tempat kerja sejauh ini tahun ini merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh yang sama sejak 2016, apabila 42 pekerja terkorban dalam enam bulan pertama tahun itu.



Salah seorang daripada tujuh pekerja yang maut selepas jatuh dari tempat tinggi tahun ini termasuk seorang pemilik syarikat ubah elok yang meninggal dunia Mei lalu selepas beliau jatuh menembusi panel siling palsu sebuah rumah kedai di Geylang.



Sementara siasatan terhadap kemalangan di tempat kerja biasanya menunjukkan bahawa ia berpunca daripada kesilapan manusia, Timbalan Pengarah Pakar Siasatan dan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Encik Goh Chin Keong, berkata langkah menuding jari tidak bermanfaat.



"Adalah penting untuk memikirkan cara menghapuskan bahaya dan risiko menerusi kejuruteraan, teknologi dan reka bentuk bagi keselamatan," ujarnya.



Encik Goh berucap kepada sekitar 800 hadirin di forum tersebut, termasuk wakil pelbagai syarikat serta pegawai Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) yang berdaftar di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Devan Nair di Jurong East.



Dianjurkan Majlis WSH, forum sehari yang dinamakan Target Zero Falls itu memaparkan penyampaian oleh pakar industri tentang amalan terbaik yang berkaitan dengan bekerja di tempat tinggi, termasuk bekerja di permukaan yang tidak kukuh, tangga dan bumbung.



Forum tersebut diadakan beberapa hari selepas satu lagi kejadian kematian di tempat kerja minggu lalu.



Dalam kejadian itu, seorang pekerja binaan meninggal dunia dalam satu nahas di tapak projek Bina Ikut Tempahan (BTO) di Choa Chu Kang.



Pekerja itu terperangkap antara bumbung sebuah trak angkat susun dengan sebuah struktur apabila trak itu tiba-tiba bergerak ke belakang.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, turut menghadiri acara semalam selaku tetamu terhormat.



Semasa berucap, beliau menggariskan beberapa langkah yang diambil pemerintah dengan kematian di tempat kerja baru-baru ini.



Ini termasuk menyemak sistem mata demerit yang membolehkan syarikat yang bersalah disenarai hitam daripada mengambil pemegang permit kerja.



Encik Zaqy turut menarik perhatian antara sumber dan program Majlis WSH bagi syarikat kecil dan sederhana (SME).



"Beberapa bulan ini memberi peringatan yang suram bahawa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tidak harus diabaikan," ujarnya.




"Beberapa bulan ini memberi peringatan yang suram bahawa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tidak harus diabaikan."
- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >