Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

29 kes baru Covid-19, semua diimport

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



TERDAPAT 29 kes koronavirus baru yang disahkan sehingga tengahari semalam, semuanya merupakan kes import.



Kesemua kes telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Antara kes yang diimport, empat merupakan rakyat Singapura atau penduduk tetap dan 23 merupakan pemegang pas kerja yang kini bekerja di Singapura, termasuk 21 amah asing.



Tiada kes dalam masyarakat yang baru dan tiada daripada asrama pekerja.



Kes semalam membawa bilangan keseluruhan yang dijangkiti koronavirus kepada 58,461.



Kelmarin, satu-satunya kes tempatan kes Covid-19 merupakan seorang wanita rakyat Singapura yang diuji positif sebelum satu lawatan pelayaran yang dijadualkan.



Kementerian Kesihatan berkata bahawa wanita berusia 39 tahun itu dan keluarga telah ke pulau-pulau di Selatan Singapura bagi satu lawatan bersama dua lagi anggota keluarga dan secara keseluruhan, kumpulan mereka mempunyai 12 orang pada 14 Disember lalu.



Ini merupakan lebihan tujuh orang daripada kumpulan lima orang yang dibenarkan dalam fasa kedua pembukaan Singapura.



MOH berkata siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada langkah pengurusan selamat yang relevan dipatuhi ataupun tidak.



Wanita itu yang asimptomatik telah dibawa menaiki ambulans ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) sehari selepas ujiannya, apabila beliau didapati positif bagi jangkitan Covid-19.



Makmal Kesihatan Awam Nasional telah menjalankan ujian berterusan untuk memastikan wanita itu dijangkiti Covid-19 dan MOH berkata ujian serologi masih dinantikan.



Ujian serologi yang positif menunjukkan terdapat kemungkinan jangkitan lama.



Wanita itu tinggal di Jurong West Street 93 dan bekerja di Ruising Chemicals di 18 Boon Lay Way sebelum keputusan ujiannya disahkan.



Siasatan epidemiologi masih dilaksanakan.



Dalam pada itu, kesemua mereka yang dikenal pasti dekat dengan wanita itu termasuk anggota keluarga dan kawan sekerja telah diasingkan dan dikuarantin.



Mereka akan diuji semasa permulaan dan akhir tempoh kuarantin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >