Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

296 ditahan terlibat dalam 1,000 penipuan libatkan $6.4j

Nov 07, 2021 | 05:30 AM



POLIS menahan 296 orang kerana disyaki terlibat dalam lebih 1,000 penipuan, dengan mangsa kerugian lebih $6.4 juta.



Suspek berusia antara 16 dengan 80 tahun terbabit sebagai penipu atau keldai wang, kata polis kelmarin malam.



Penipuan itu merangkumi kes cinta Internet, e-dagang, penyamaran sebagai pegawai pemerintah, pekerjaan dan pinjaman wang.



Seramai 194 lelaki dan 102 wanita itu ditahan selepas polis menjalankan operasi selama dua minggu antara 22 Oktober dengan 5 November.



Suspek disiasat kerana menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.



Mereka yang didapati bersalah menipu boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan denda.



Sesiapa yang didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram boleh dihukum penjara hingga 10 tahun, denda hingga $500,000, atau kedua-dua hukuman.



Mereka yang didapati bersalah menjalankan perniagaan tidak berlesen dengan menyediakan perkhidmatan pembayaran boleh dihukum denda hingga $125,000, penjara hingga tiga tahun, atau kedua-dua hukuman.



"Untuk mengelak menjadi rakan subahat jenayah, orang ramai harus menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon anda kerana anda akan bertanggungjawab jika ini dikaitkan dengan jenayah," kata polis.



Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.scamalert.sg atau menghubungi Talian Anti-Scam Hotline di 1800-722-6688.




"Untuk mengelak menjadi rakan subahat jenayah, orang ramai harus menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon anda kerana anda akan bertanggungjawab jika ini dikaitkan dengan jenayah."
- Polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >