Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

296 orang ditahan kerana didakwa terlibat dalam lebih 1,000 penipuan, mangsa kerugian lebih $6.4 juta

Nov 06, 2021 | 04:07 PM



POLIS telah menahan 296 orang kerana disyaki terlibat dalam lebih 1,000 penipuan, dengan mangsa kerugian lebih $6.4 juta.

Suspek berusia antara 16 dengan 80 tahun terbabit sebagai penipu atau keldai wang, kata polis pada  Jumaat malam (5 Nov).

Penipuan itu merangkumi kes cinta Internet, e-dagang, penyamaran pegawai pemerintah, pekerjaan dan  pinjaman wang.



Seramai 194 lelaki dan 102 wanita itu ditahan selepas pegawai polis menjalankan operasi selama dua minggu antara 22 Oktober dengan  5 November.

Suspek disiasat kerana menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.



Mereka yang didapati bersalah menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

Mereka yang didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang didapati bersalah menjalankan perniagaan tidak berlesen dengan menyediakan perkhidmatan pembayaran boleh didenda sehingga $125,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.



“Untuk mengelak daripada menjadi rakan subahat kepada jenayah, orang ramai harus menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon anda kerana anda akan bertanggungjawab jika ini dikaitkan dengan jenayah,” ujar polis.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.scamalert.sg atau hubungi Talian Anti-Scam Hotline di 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >