Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 bidang utama digaris bantu SG rebut peluang dalam sektor jagaan kesihatan

Aug 17, 2022 | 05:30 AM



MEMBERI tumpuan kepada meningkatkan kemahiran pekerja, dan merombak semula proses melaksanakan tugas dalam sektor penjagaan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi adalah antara tiga kunci yang perlu diberi perhatian supaya sektor itu dapat mengubah cara menyampaikan khidmat lebih baik kepada pesakit di sini.



Ini sedang cabaran yang dilalui sektor berkenaan menjadi perhatian sejak kebelakangan ini ekoran pandemik Covid-19 serta mengalami kekurangan tenaga manusia tempatan dan asing.



Demikian dinyatakan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng dalam ucapannya pada Kongress Pengurusan Jagaan Kesihatan Singapura di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands pagi semalam.



Dr Tan berkata kemelut Covid-19 merupakan pemacu besar bagi sektor itu memanfaatkan teknologi untuk mengubah cara melakukan tugasnya.



Sektor itu turut mengalami perubahan ketara dan menjadi semakin canggih kerana terdapat banyak gabungan teknologi dan usaha antara bidang kejuruteraan, perkomputeran, biologi dan desain.



Beliau berkata pertama, sektor itu harus memberi tumpuan kepada pekerjanya dan terus mempertingkat mereka dengan kemahiran dan pengetahuan baru.



Kedua, sektor itu harus mengoptimumkan tenaga kerja yang terhad namun sangat berharga menerusi proses merombak semula pekerjaan dan inovasi.



Dan ketiga, bagi sebuah sistem jagaan kesihatan yang lebih teguh dan mapan, semua pihak berkepentingan, termasuk doktor, pentadbir dan pesakit harus melibatkan diri secara aktif terhadap jagaan kesihatan.



Sektor jagaan kesihatan mendapat perhatian selepas didedahkan awal bulan ini di Parlimen bahawa bilangan jururawat yang meletak jawatan di hospital umum mencapai rekod tertinggi dalam lima tahun, tahun lalu dengan 7.4 peratus jururawat tempatan meninggalkan pekerjaan mereka.



Dr Tan, dalam ucapannya berkata:



"Dalam bidang jagaan kesihatan, khususnya, teknologi tidak akan dapat menggantikan sentuhan manusia.



"Jadi, kami harus sentiasa mencari cara yang dapat memperuntuk tenaga kerja yang sangat berharga itu dengan padat agar para profesional jagaan kesihatan dapat memberi keutamaan kepada penjagaan pesakit secara langsung atau tugas klinikal lebih penting."



Antara lain, beliau merujuk kepada kaedah automasi aliran pekerjaan operasi diterapkan Singhealth Disember lalu, yang telah merombak proses mendaftar masuk pesakit dan juga memberi rawatan kepadanya.



Dengan kaedah sebegitu, yang menggabungkan urusan kewangan, klinikal serta pentadbiran, jururawat tidak perlu lagi mengisi borang dengan seorang kerani dan kemudian harus memasukannya dalam sistem kewangan.



Beliau juga merujuk kepada aplikasi The Health Buddy yang dilancarkan pada 2011 yang membolehkan pesakit sendiri bertanggungjawab atas perkembangan kesihatan dan rawatan yang diterimanya bersama dengan kakitangan klinik.



Dr Tan mengingatkan semula bahawa setiap individu dalam rangkaian jagaan kesihatan mempunyai matlamat yang sama, iaitu mahu memperbaiki pengalaman jagaan kesihatan yang diterima pesakit.



"Dan setiap perubahan dalam pengurusan jagaan kesihatan, pentadbiran atau operasi, tidak kira betapa kecil langkahnya, membawa kesenangan, kemudahan akses terhadap jagaan, dan juga, menjimatkan masa dan kos bagi pesakit dan sistem kesihatan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >