Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 buku dilarang edarannya di S'pura kerana galak permusuhan antara agama: MCI

Muis dapati buku galak pengganasan; larangan berkuatkuasa mulai hari ini dan mereka yang milikinya harus serahkan kepada polis
Nov 21, 2018 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Perhubungan dan Penerangan (MCI) telah mewartakan tiga buku yang mempunyai kandungan ekstrem sebagai penerbitan terlarang di Singapura.



Ini selepas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyarankan tiga buku itu - Things that Nullify One's Islaam, What Islam is All About (Student Textbook), dan The Wisdom of Jihad - dilarang edarannya di sini kerana ia menggalak pengganasan dan permusuhan antara agama.



Larangan tertakluk di bawah Akta Penerbitan Tidak Diingini (UPA).



Dalam kenyataannya semalam, MCI berkata ketiga-tiga buku itu mengandungi pandangan agama ekstrem atau eksklusif yang menggalak permusuhan di kalangan masyarakat berbeza agama, dengan dua penerbitan mengandungi pandangan yang memecahbelahkan kumpulan sesama agama.



"Ajaran dan ideologi sedemikian merosakkan hubungan dan keharmonian antara kaum berbeza bangsa dan agama di Singapura. Pemerintah Singapura tidak akan bertolak ansur terhadap individu atau buku yang bertujuan menghasut kumpulan agama berbeza dengan permusuhan atau pengganasan, dan oleh itu telah memutuskan melarang ketiga-tiga buku ini," menurut kenyataan tersebut.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan Muis pula, majlis agama itu berkata pihaknya telah menilai ketiga-tiga buku itu dengan mendalam dan mendapati ada pandangan yang menggalak pengganasan serta kebencian di antara orang Islam dan warga lain.



Buku Things That Nullify One's Islaam mewajibkan kebencian dan permusuhan terhadap mereka yang bukan beragama Islam.



Buku itu turut menyatakan bahawa seorang Muslim itu dianggap murtad jika menunjukkan kasih sayang atau membantu mereka yang bukan Islam.



Buku What Islam Is All About (Student Textbook) menyebarkan kepentingan menubuhkan negara Islam.



Penulis buku itu telah menuduh bahawa pemimpin Islam munafik dan hamba kepada orang Kristian.



Buku The Wisdom of Jihad pula mendorong orang Islam supaya berjihad dengan senjata menentang mereka yang bukan Islam, termasuk orang Islam yang tidak bersetuju dengan pandangan penulis tentang erti Jihad.



Menurut Muis, kisah buku seperti itu berbaur eksklusif dan radikal serupa seperti ISIS, selain ia mengagung-agungkan kumpulan pemberontak Islam di Filipina, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).



"Ketiga-tiga buku mempromosikan idea bahaya yang telah diedarkan secara meluas di kalangan kumpulan radikal bagi memberi kewajaran kepada jenayah dan keganasan. Ia bertentangan dengan pemahaman dan amalan Islam yang aman serta sederhana dalam masyarakat berbilang budaya, dan mengancam kehidupan sosio-agama di Singapura," kata Muis.



MCI menambah, adalah satu kesalahan untuk mengedar mana-mana penerbitan terlarang itu.



Ia juga satu kesalahan bagi sesiapa memiliki buku tersebut atau memilikinya tetapi tidak melaporkannya kepada polis.



Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda, dipenjara atau kededuanya sekali.



MCI berkata, larangan bagi tiga penerbitan itu berkuatkuasa mulai hari ini dan orang ramai yang memilikinya harus menyerahkannya kepada polis.




"Ketiga-tiga buku mempromosikan idea bahaya yang telah diedarkan secara meluas di kalangan kumpulan radikal bagi memberi kewajaran kepada jenayah dan keganasan. Ia bertentangan dengan pemahaman dan amalan Islam yang aman serta sederhana dalam masyarakat berbilang budaya, dan mengancam kehidupan sosio-agama di Singapura."
- Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >