Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 ditangkap, salah guna pas masuk di Lapangan Terbang Changi

Jul 19, 2018 | 07:08 PM



DUA lelaki dan seorang wanita ditahan awal minggu ini kerana menyalahgunakan pas masuk mereka di Lapangan Terbang Changi.



Dalam satu catatan Facebook semalam, polis berkata bahawa dua orang telah memasuki kawasan transit Ahad lalu.



Lelaki berusia 28 tahun dan wanita berusia 26 tahun itu ingin menuntut pelepasan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 



Akhbar The Straits Times difahamkan bahawa tuntutan itu berjumlah $20 dan barangan yang mereka beli termasuk kosmetik. 



Dalam situasi berasingan Selasa lalu pula, seorang lelaki berusia 49 tahun ditangkap ketika memasuki kawasan transit untuk menghantar rakannya.



Polis berkata bahawa tiada seorang pun daripada mereka berniat untuk berlepas dari Singapura.



Ketiga-tiga mereka adalah antara 19 orang yang ditangkap sejak Januari tahun ini kerana menyalahgunakan pas masuk.



Menurut polis, dalam tempoh separuh pertama tahun lalu, seramai 59 orang ditahan menyalahgunakan pas masuk mereka. 



Ini hampir tiga kali ganda daripada 23 tangkapan sepanjang 2016.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >