Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

3 generasi ayah dalam satu keluarga cari rezeki di TTSH

Sempena Hari Bapa kelmarin, BERITA HARIAN menampilkan tiga kakitangan National Healthcare Group (NHG) yang penuh inspirasi - menjadi mentor dan memainkan peranan seorang bapa terhadap rakan sekerja, selain peranan bapa di rumah.
Jun 21, 2022 | 05:30 AM



Bapa di rumah... 'bapa' di tempat kerja...



TIGA generasi sebuah keluarga telah bekerja di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Encik Othman Yusop, 64 tahun, masih ingat datuknya ke kerja di TTSH semasa kecil.



"Sewaktu kecil, saya suka ikut atuk ke kerja di hospital. Dia seorang juruelektrik. Saya akan duduk dan menyaksikannya bekerja.



"Tujuan sebenar ikut atuk ialah nanti dia belanja makan," seloroh Encik Othman, seorang jurutera kanan TTSH dalam satu panggilan video bersama Berita Harian baru-baru ini.



Kenangan Encik Othman mengikut datuknya ke kerja begitu berbekas sehingga beliau juga pernah membawa anak kecilnya ke tempat kerja.



Dan selepas beberapa dekad, kini anak bongsu Encik Othman, Encik Muhaimin Othman, mengikut jejaknya dengan bekerja di TTSH sebagai jurutera di bawah Jabatan Kemudahan Kejuruteraan.



"Semasa di sekolah rendah, saya ikut bapa saya ke kerja dan mendapati ia satu pekerjaan yang menarik kerana mereka harus menyelesaikan dan memperbaiki kemudahan yang rosak.



"Saya suka lihat wajahnya setelah mereka berjaya mendapat jalan keluar menyelesaikan sesuatu masalah.



"Sebab utama saya jadi seorang jurutera adalah kerana bapa saya. Beliau adalah inspirasi saya," ujar Encik Muhaimin, 29 tahun, yang bekerja di TTSH sejak 2018.



Encik Othman, bapa tiga anak, pula telah berkhidmat di TTSH selama 22 tahun.



Meski semakin meningkat usia, Encik Othman akur masih seronok bekerja.



Selain minat, Encik Othman berkata TTSH banyak menjaga kebajikan pekerjanya.



Beliau juga mempunyai pasukan kerja yang saling menyokong dan mesra bergaul.



Encik Othman seringkali memberi tunjuk ajar kepada rakan kerja yang jauh lebih muda dan dikatakan sebagai seorang mentor yang baik.



"Saya anggap rakan kerja semua sebagai rakan sendiri. Saya selalu pesan dan memberi nasihat kepada mereka supaya memastikan bahawa mereka berasa puas dengan pekerjaannya," kata Encik Othman, datuk tujuh cucu.



Pasangan bapa dan anak itu berasa bahawa kerja penyenggaraan mereka di hospital itu amat bermakna kerana secara tidak langsung memberi kesan kepada pesakit di hospital itu.



"Kami tidak berinteraksi dengan pesakit secara langsung, tetapi kami tahu bahawa kesan pekerjaan dan tugas kami membolehkan pesakit rehat dan dirawat dengan selesa," tambah Encik Othman.



Encik Muhaimin berkata hubungannya bersama bapanya itu sebagai kawan baik. Sejak kecil, mereka berdua amat rapat.



"Beliau adalah seorang bapa yang peramah dan lembut hati. Kerja tetap kerja tetapi kami juga masih sering meluangkan masa di luar kerja dan berseronok bersama. Setiap minggu kami berdua akan main boling. Itulah hobi kami," cerita Encik Muhaimin.



"Ayah saya sememangnya inspirasi membentuk siapa saya hari ini dan saya gembira pekerjaan kami dapat memberi khidmat baik dan membantu kemudahan pesakit di hospital," kata Encik Muhaimin tanpa lupa mengucapkan Hari Bapa kepada Encik Othman.



"Saya amat bangga dan gembira anak saya bekerja bersama saya dan saya amat bersyukur kerana mempunyai hubungan yang baik bersama semua anak saya," kata Encik Othman pula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >