Singapura melaporkan tiga kes jangkitan Covid-19 baru sehingga tengahari Ahad (15 November), menjadikan jumlah keseluruhan kepada 58,119 kes.
Kesemuanya adalah kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).
MOH berkata tidak ada kes jangkitan dalam masyarakat.
Ini merupakan lima hari berturut-turut negara ini tidak melaporkan sebarang kes jangkitan dalam masyarakat.
Lebih banyak butiran akan diberikan oleh MOH malam nanti.