Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 kes kematian di tempat kerja dilapor dalam masa 5 hari

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



LELAKI yang meninggal dunia dalam satu kemalangan di ladang menternak ikan di Lim Chu Kang Lane antara tiga kematian di tempat kerja antara 10 Jun dengan 14 Jun, kata Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC).



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang menyiasat insiden-insiden itu.



Lelaki yang meninggal dunia di Lim Chu Kang Lane itu ialah seorang warga Myanmar berusia 36 tahun.



Beliau sedang menarik jaring semasa berada dalam kolam ikan apabila beliau mengalami kesukaran, kata jurucakap MOM, yang ditukil The Straits Times (ST) dalam laporannya.



Lelaki itu kemudian dibawa keluar dari kolam air itu oleh rakan kerjanya.



Jurucakap polis berkata mereka menerima panggilan yang memberitahu mereka tentang insiden di 7 Lim Chu Kang Lane pada sekitar 8.46 malam pada 11 Jun.



Tiada perbuatan jahat disyaki, tetapi siasatan sedang dijalankan.



Seorang jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mangsa dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH), di mana beliau meninggal dunia.



Jurucakap MOM berkata majikan lelaki yang maut itu ialah Royal Crown Fishery & Trading, yang juga penghuni di alamat tersebut.



Firma itu telah diperintah supaya menghentikan semua perbuatan menangkap ikan di sana.



Satu lagi kes maut melibatkan pengendali forklift berusia 31 tahun yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di gedung di Tanjong Penjuru pada 14 Jun.



MOM berkata warga Singapura itu sedang mengendalikan forklift dan telah mengeluarkan barangan dari sebuah kontena.



Beliau kemudian keluar dari kontena dan semasa berdiri di sebelah forklift itu, barangan di atas forklift terjatuh dan menimpanya.



Lelaki itu dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri ke NTFGH dan beliau meninggal dunia di sana.



Jurucakap MOM memberitahu ST penghuni tapak kerja itu adalah Compass Ross Freight Systems.



Lelaki yang maut itu digajikan oleh Bok Seng Logistics. Majikannya itu telah diperintah MOM supaya menghentikan semua operasi forklift di tempat kerja yang dikendalikannya.



Dalam satu lagi kemalangan pada 10 Jun, seorang pekerjaa binaan berusia 25 tahun dari Bangladesh maut selepas terjatuh sekitar 40 meter di tapak binaan di Tuas.



Secara keseluruhan, sebanyak 22 kematian berhubung kerja telah dirakamkan tahun ini, kata MOM.



Terdapat 14 kematian di tempat kerja antara Januari dengan April tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >