Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 keutamaan bagi wujud sistem pengangkutan SG berdaya tahan

Usaha dapat tumpuan walau hadapi cabaran Covid-19, perubahan iklim: Iswaran
Sep 21, 2021 | 05:30 AM



SEMENTARA usaha memastikan keterhubungan merupakan misi pemerintah selama ini, terdapat usaha ini lebih penting kini dengan dua cabaran yang dihadapi warga iaitu Covid-19 dan perubahan iklim, kata Menteri Pengangkutan S Iswaran.



Oleh itu, Singapura harus bersiap sedia menghadapi gangguan kepada rantaian bekalan serta perubahan cara orang ramai bekerja dan pergi dari satu tempat ke satu tempat serta kemajuan teknologi.



Encik Iswaran menggariskan tiga keutamaan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam menghadapi cabaran itu iaitu mewujudkan sistem dan prasarana pengangkutan yang kukuh, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa akan datang.



Beliau berkata demikian semasa berucap di Sidang MOT sempena ulang tahun ke-20 kementerian itu di Lifelong Learning Institute di Eunos semalam.



Diadakan dalam format hibrid, acara itu dihadiri lebih 150 tamu termasuk pemimpin industri pengangkutan dan wakil kesatuan pekerja, wakil sektor awam dan privet serta kakitangan MOT dan badan berkanunnya.



Menarik perhatian kelompok di Lapangan Terbang Changi sebelum ini serta jangkitan di kalangan kapten bas baru-baru ini, Encik Iswaran berkata:



"Dalam setiap kes ini, terdapat semangat kerjasama yang kukuh, walaupun antara pesaing, yang bertindak sebagai sebuah keluarga pengangkutan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi bersama.



"Inilah yang memberi saya keyakinan bahawa kita boleh mengatasi cabaran pada masa akan datang dan memastikan sistem pengangkutan kita kekal kukuh."



Encik Iswaran berkata sifat berdaya tahan juga diperlukan untuk bangkit lebih kukuh dan ini antara lain dilihat dengan sektor pengangkutan maritim segera membuat penyesuaian manakala masyarakat penerbangan setempat terus merebut peluang baru meskipun berdepan dengan sekatan perjalanan.



Namun lebih daripada sekadar menghadapi cabaran yang wujud sekarang, sistem dan prasarana pengangkutan juga harus bersedia menghadapi cabaran akan datang seperti perubahan iklim.



Khususnya, ekosistem pengangkutan Singapura harus memainkan peranan mengurangkan pengeluaran karbon.



"Sistem pengangkutan yang kukuh, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan harus memenuhi keperluan setiap segmen masyarakat dan oleh itu, adalah penting rangkaian pengangkutan kita juga inklusif dan dapat digunakan semua orang," ujar Encik Iswaran.



Ini termasuk menyediakan kemudahan fizikal atau hardware yang memenuhi keperluan pengguna serta mewujudkan software atau memupuk budaya baik budi dalam kalangan semua pengguna sistem pengangkutan.



MOT turut mengadakan sesi dialog yang membincangkan kemampanan dalam sektor pengangkutan.



Sementara itu, Encik Iswaran turut menyampaikan cek bernilai $1.4 juta kepada Dana Masyarakat sebagai sebahagian program Pendekatan Amal Keluarga MOT selain menyampaikan token penghargaan kepada pekerja yang berkhidmat di barisan depan untuk menyokong operasi Pengangkutan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) MOT.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >