Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 lelaki dipenjara dalam kes rasuah libatkan bekas atase kedutaan Indo

Aug 25, 2021 | 05:30 AM



TIGA lelaki warga Singapura dijatuhkan hukuman penjara kelmarin atas peranan mereka dalam kes rasuah bernilai $124,000, yang melibatkan seorang bekas pekerja atase kedutaan Indonesia di sini.



Sebahagian besar kesalahan, yang disabit pada 2018, melibatkan memberi rasuah kepada pegawai kedutaan sebagai pertukaran bagi mendapat akreditasi untuk menjual bon prestasi yang berkaitan dengan pengambilan pembantu rumah Indonesia di sini.



Abdul Aziz Mohamed Hanib, 66 tahun, dijatuhkan hukuman penjara 17 bulan; James Yeo Siew Liang, 50 tahun, dihukum penjara 15 bulan; dan Benjamin Chow Tuck Keong, 58 tahun, dipenjara sebulan.



Tiga pesalah itu juga dikenakan denda - Abdul Aziz sekitar $18,300,  Yeo sekitar $21,360 dan Chow sekitar $4,570.



Ketiga lelaki itu disabitkan kesalahan pada April lalu.



Pekerja atase, Encik Agus Ramdhany Machjumi, telah meletakkan jawatannya di kedutaan Indonesia dan tidak lagi berada di Singapura.



Ketua Ehwal Penerangan dan Sosiobudaya Kedutaan Indonesia, Cik Ratna Lestari Harjana memberitahu The Straits Times bahawa kes Encik Agus sedang disiasat secara kriminal oleh polis Indonesia di Jakarta dan dia akan menghadapi sistem hukuman berdasarkan undang-undang Indonesia.



"Kesnya masih sedang dijalankan dengan kerjasama polis Indonesia, CPIB (Biro Siasatan Amalan Rasuah) dan Pasukan Polis Singapura."



Pada Februari 2018, Kedutaan Indonesia di Singapura memperkenalkan skim yang memerlukan semua majikan yang mahu mengambil pembantu rumah Indonesia bekerja untuk membeli bon prestasi untuk memastikan mereka mematuhi syarat kontrak pekerjaan yang dikeluarkan kedutaan itu.



Pada masa itu, majikan harus membayar premium $70 sekali untuk jaminan bon daripada syarikat insurans yang diluluskan oleh kedutaan. Mereka harus membayar $6,000 sekiranya melanggar syarat-syarat kontrak.



Ejen syarikat insurans yang bertauliah menerima 45 peratus premium untuk setiap bon.



Encik Agus ketika itu dilantik mengeluarkan akreditasi kepada syarikat insurans untuk bon prestasi.



Dia mengarah Abdul Aziz, yang ketika itu seorang penterjemah bebas, untuk mencari ejen insurans yang akan bersetuju untuk memberi mereka sebahagian daripada komisen yang dikumpulkan sebagai pertukaran bagi mendapat akreditasi.



Abdul Aziz mendekati seorang teman yang dikenali sebagai Encik Samad Salim, yang kemudiannya menarik masuk Chow, pengarah pembangunan korporat sebuah syarikat yang berurusan dengan produk organik.



Chow kemudian bertemu Yeo, yang pada ketika itu ejen insurans mewakili AIG Asia-Pacific Insurance dan Liberty Insurance.



Nama Yeo tidak lagi tersenarai di laman Persatuan Insurans Am Singapura.



Dalam satu kenyataan kelmarin, CPIB berkata ia sedang berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia mengenai kes itu.



Ia berkata Singapura mengambil "pendekatan toleransi sifar" terhadap rasuah, dan ia mengkaji semua aduan dan laporan rasuah, termasuk nama yang tidak diketahui.



Untuk setiap tuduhan rasuah, pesalah boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda hingga $100,000.



* Edisi awal artikel ini tidak menyatakan hukuman penuh yang dijatuhkan ke atas Benjamin Chow Tuck Keong. Chow dikenakan hukuman penjara sebulan dan denda $4,574.96. Kami mohon maaf atas kesilapan ini.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >