Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 lelaki ditangkap kerana dituduh tipu firma proses bayaran lebih $653,000

Sep 04, 2021 | 07:02 PM



POLIS telah menangkap tiga lelaki yang berusia antara 27 dengan 30 tahun kerana disyaki terlibat dengan kes bersubahat menipu sebuah syarikat memproses bayaran sebanyak lebih $653,000.



Menerusi satu kenyataan pada Sabtu (4 September), polis menerima laporan tentang satu kes penipuan sebuah syarikat memproses bayaran pada 25 Ogos lalu.



Pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) mengenal pasti identiti tiga lelaki dan menangkap mereka pada 2 September.



Siasatan awal menunjukkan bahawa dua daripada tiga lelaki itu dipercayai memberikan akaun bank peribadi dan syarikat mereka kepada lelaki berusia 29 tahun yang didakwa menggunakan dua akaun bank itu untuk menjalankan 10 urus niaga di dalam talian menerusi syarikat memproses bayaran itu antara Jun dengan Julai lalu.



Dua lelaki itu didakwa menerima komisen atau ganjaran lebih $9,000 dengan memberinya akaun bank mereka.



Pada 12 Ogos, lelaki 29 tahun itu didakwa memfailkan pertikaian bagi urus niaga di dalam talian itu untuk meminta wangnya berjumlah lebih $653,000 dikembalikan daripada syarikat memproses bayaran tersebut.



Siasatan terhadap tiga lelaki itu sedang dijalankan.



Jika didapati bersalah menipu, mereka boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda. 



Jika didapati bersalah membantu orang lain untuk menyimpan ganjaran hasil perbuatan jenayah, mereka boleh dipenjara hingga 10 tahun, didenda hingga $500,000 atau kedua-duanya sekali.



“Polis memandang serius sesiapa yang menipu dan pesalah akan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang,” ujar polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >