Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 maut, 60 sakit selepas makan makanan tercemar di India

Jun 19, 2018 | 07:44 PM



NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan lebih 60 orang jatuh sakit, termasuk beberapa orang yang sakit teruk, sejurus selepas menjamu selera semasa satu jamuan di Maharashtra, India, kata polis tempatan hari ini (19 Jun).



Kejadian itu berlaku di kampung Mahad di Raigad, sekitar 113 kilometer dari Mumbai di Maharashtra.



“Malam tadi, lebih 60 orang dimasukkan ke hospital selepas mereka mengadu rasa mual dan muntah-muntah. Tiga daripada mereka telah meninggal dunia dan ada juga yang berada dalam keadaan kritikal.



“Mereka telah makan makanan yang dihidangkan di satu jamuan rumah baru di kampung itu,” kata seorang pegawai polis.



Media tempatan melaporkan bahawa sekitar 500 orang telah diundang ke jamuan yang berlangsung semalam itu.



Kanak-kanak dan beberapa orang dewasa menjamu selera dahulu sementara baki tetamu sepatutnya makan kemudian.



Namun selepas kanak-kanak yang sudah selesai makan itu mula muntah, hadirin mula panik, kata pegawai polis itu.



Doktor menyifatkannya sebagai satu kes keracunan makanan sementara pihak berkuasa pula telah mengarahkan satu siasatan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >