Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 pegawai CNB dihadapkan ke mahkamah kerana halang proses keadilan

Oct 18, 2019 | 03:31 PM



TIGA pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) didakwa di mahkamah atas tuduhan bersubahat menghalang proses keadilan dalam kes yang melibatkan sampel air kencing yang dicemari, pada Jumaat (18 Oktober).



Salah seorang daripada mereka dikatakan telah menggunakan sampel air kencing sendiri untuk menggantikan sampel air kencing milik lelaki yang diperiksa atas penggunaan dadah.



Akibat perbuatan mereka, lelaki yang dikenali sebagai Maung Moe Min itu, lulus pemeriksaan air kencing. 



The Straits Times melaporkan bahawa dalam satu kenyataan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), pihak itu berkata bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang mempunyai tanggungjawab mengekalkan kedaulatan undang-undang dan menegakkan keadilan, dan jika mereka memilih untuk menghalang proses keadilan, mereka harus menanggung padahnya dengan sepenuhnya.



Staf Sarjan Abdul Rahman Kadir, Staf Sarjan Mohamed Hafiz Lan, dan Sarjan Muhammad Zuhairi Zainuri masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $10,000.



Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >