PELAJAR Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Encik Khairul Ashraf Khairul Anwar (tiga dari kiri), Cik Nur Amalina Saparin (bertudung) dan Encik Muhammad Hafiz Kasman (dua dari kanan) merupakan penerima sulung satu biasiswa baru di universiti itu.
Biasiswa Kecemerlangan Mercu-SMU bernilai $1.2 juta itu disasarkan kepada pelajar Melayu SMU yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang serta mempunyai rekod kegiatan ko-kurikular atau penglibatkan khidmat masyarakat yang baik.