Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 poliklinik baru manfaat penduduk di Bt Panjang, Kallang, Eunos

Poliklinik Outram, Bukit Merah disatukan jadi poliklinik Tiong Bahru pada 2030
Oct 03, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK di kawasan Bukit Panjang dan Kallang kini menikmati kemudahan poliklinik di kawasan masing-masing yang baru dibuka semalam, sementara sebuah poliklinik baru bakal dibuka di Eunos pada Disember ini.



Dengan pembukaan dua poliklinik semalam bermakna terdapat 22 poliklinik di sini sekarang.



Malah, penduduk di kawasan Tiong Bahru juga bakal menikmati kemudahan yang sama pada 2030.



Ini diumumkan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semasa melawat Poliklinik Bukit Panjang seluas tiga tingkat di bangunan 12 tingkat yang disepadukan dengan pusat penjagaan Senja Care Home, semalam.



"Rangkaian poliklinik kita kini diluaskan dan memainkan peranan semakin penting dalam penjagaan kesihatan sedang kita berdepan rakyat yang semakin tua dan bertambahnya jumlah penyakit kronik.



"Oleh sebab itu, kita perlu mengalihkan tumpuan ke peringkat pencegahan dan pengurusan awal penyakit bagi mengurangkan komplikasi kesihatan di peringkat akhiran.



"Pada ketika itu, seseorang pesakit perlu mengunjungi hospital dan selalunya dah terlambat. Oleh itu, penjagaan asas, yang disediakan dalam masyarakat, mesti mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan kita," katanya.



Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya semalam berkata, pembukaan Poliklinik Bukit Panjang, Kallang dan Eunos akan memperkukuh keupayaan penjagaan asas bagi membolehkan rakyat Singapura menikmati kemudahan asas yang lebih baik, berpatutan dan bermutu yang memenuhi keperluan setiap lapisan penduduk, daripada keluarga muda kepada golongan tua.



Antara perkhidmatan ini termasuk khidmat kesihatan kanak-kanak, rawatan perubatan untuk sakit teruk, pengurusan penyakit kronik, khidmat kesihatan sampingan, serta makmal radiologi dan khidmat farmasi.



Ketiga-tiga poliklinik ini akan disepadukan dengan kemudahan penjagaan kesihatan yang lain.



Keberadaan kemudahan penjagaan kesihatan lain di poliklinik tersebut menawarkan peluang untuk penyediaan program bersama dan kerjasama bagi faedah penduduk.



MOH akan juga menyatukan poliklinik Bukit Merah dan Outram dan menjadikannya poliklinik lebih besar di Tiong Bahru pada 2030.



Butiran lanjut mengenai poliklinik baru ini akan diumumkan kelak.



Sebanyak sembilan lagi poliklinik baru akan dibuka dalam masa sembilan tahun, kesemunya menerusi pembangunan bersepadu.



Ini sejajar dengan pelan MOH untuk meluaskan rangkaian poliklinik di sini kepada 32 menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >