Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 PR S'pura antara 8 kes import Covid-19 baru: MOH

Nov 10, 2020 | 12:05 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata antara lapan kes Covid-19 baru yang diimport, tiga merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari India, Bangladesh dan UAE.



Kes 58250 telah ke UAE di bawah Pas Perjalanan Perniagaan. 



Lelaki berusia 47 tahun itu telah menjalani ujian swab reaksi rangkaian polimerase (PCR) sekembalinya ke Singapura.



Sementara menunggu hasil ujian, penduduk tetap (PR) Singapura itu telah mengasingkan diri di rumah dan dimasukkan ke hospital apabila didapati positif Covid-19.



Empat lagi kes disahkan bekerja di Singapura, kata MOH.



Daripada jumlah tersebut, dua adalah pemegang pas kerja yang tiba dari Korea Selatan dan Filipina dan dua yang lain adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia.



Satu lagi kes adalah pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang yang tiba dari India.



Mereka semua telah ditempatkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan semasa tiba di Singapura dan diuji semasa menjalani SHN atau semasa tiba di Singapura. 



Sementara itu tiada kes masyarakat mahupun kes di dormitori dilaporkan pada Isnin (9 Nov).



Pun begitu, MOH menambah ia sedang memantau sebarang kelompok sedia ada bagi jangkitan lanjut.



Oleh kerana tiada kes lagi yang dikaitkan dengan kelompok di Dormitori Toh Guan selama tempoh 28 hari, MOH telah menutup kelompok tersebut.



Lagi enam kes pula telah dibenar keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, manakala 34 kes  masih berada di hospital tetapi semuanya stabil atau semakin pulih.



Sementara itu Bank OCBC di Chulia Street merupakan antara tempat dikunjungi pesakit Covid-19 dalam masyarakat pada 30 Oktober antara 3 dengan 4.30 petang.



Mereka yang berada dalam kontak dekat dengan kes yang disahkan telah diberitahu MOH tentang hal tersebut.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >