Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 projek BTO Bidadari selesai dibina; 50-70% pemilik sudah pindah

Feb 26, 2021 | 07:15 PM



LEBIH 20,000 flat Bina Ikut Tempahan (BTO), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di estet terbesar baru di  Singapura, Bidadari, sudah selesai dibina, dengan kian ramai keluarga berpindah ke rumah baru mereka. 



Flat ini meliputi tiga projek - Alkaff Vista, Alkaff LakeView dan Alkaff CourtView - yang dilancarkan pada 2015.



Lebih 70 peratus penduduk sudah berpindah ke rumah baru mereka di Alkaff  Vista dan Alkaff LakeView, kata HDB pada Jumaat (26 Februari).



Sekitar 50 peratus penduduk juga berpindah ke Alkaff CourtView di mana beberapa kerja membangunkan ruang masyarakat masih sedang diusahakan.



Kesemua 12 projek pembangunan perumahan awam di Bidadari sudah dilancarkan dengan tiga projek terakhir, Bartley GreenRise, ParkEdge @ Bidadari dan Alkaff Breeze dilancarkan pada Februari.



Bartley Green Rise pula adalah tapak BTO terakhir yang akan dibangunkan dan dijangka siap suku kedua 2025.



Projek BTO di estet Bidadari seluas 93 hektar itu dicari-cari mereka yang mengidamkan rumah baru. Flat lima biliknya khususnya menarik lebih ramai pemohon berbanding unit lain.



Walaupun sejarah Bidadari dikenali sebagai tapak perkuburan, sama seperti bandar matang Bishan yang juga bekas kubur, tetap ia menjadi tumpuan mereka yang mencari flat baru.



Sejak 2015, Bidadari adalah satu-satunya estet perumahan matang yang terletak di kawasan pusat yang menawarkan flat BTO lima bilik untuk dijual.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >