Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

3 pusat beli-belah di kawasan barat S'pura antara yang dikunjungi kes Covid-19: MOH

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

3 pusat beli-belah di kawasan barat S'pura antara yang dikunjungi kes Covid-19: MOH

Nov 05, 2020 | 12:04 AM

TIGA pusat beli-belah di kawasan barat Singapura - Hillion Mall (17 Petir Road), Jem (50 Jurong Gateway Road) dan Westgate (3 Gateway Drive) - adalah antara tempat yang dikunjungi kes jangkitan Covid-19.

Ini didedahkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Rabu malam (4 November).

Restoran makanan segera McDonald's di Hillion Mall dikunjungi kes Covid-19 antara 6.40 pagi dengan 7.20 pagi pada 21 Oktober lalu.

Pada 28 Oktober lalu pula, kedai pakaian H&M dikunjungi kes Covid-19 antara 5.10 petang dengan 6 petang.

Kedai membaiki peralatan komputer, jam tangan dan tablet jenama Apple, QCD Technology di Westgate pula dikunjungi kes Covid-19 antara 6.10 petang hingga 7.15 malam pada 28 Oktober.

MOH menjelaskan kontak dekat kes yang disahkan ini telah pun dihubungi MOH. Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai yang telah ke lokasi yang disenaraikan MOH sewaktu masa yang tertera harus memantau kesihatan mereka secara rapi bagi 14 hari dari tarikh kunjungan.

Mereka harus bertemu doktor segera seandainya wujud tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema ataupun demam dan kehilangan deria rasa atau hidu.

Mereka juga perlu memberitahu kepada doktor tentang sejarah pendedahan mereka pada virus ini.

Orang ramai juga boleh menggunakan khidmat pemadanan lokasi pemeriksaan sendiri SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile atau laman beralamat  https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di lokasi yang disenaraikan MOH pada waktu tertera.

MOH menambah, orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi kes Covid-19 kerana Agensi Sekitaran Nasional (NEA) sudah menghubungi pihak pengurusan premis yang terjejas bagi memberi panduan membersihkannya.

Tujuh kes jangkitan Covid-19 baru dikesan MOH pada Rabu. Dua daripadanya adalah kes dormitori manakala baki lima kes adalah kes import.

Dalam kalangan lima kes import itu, seorang daripadanya adalah pemegang pas tanggungan yang mempunyai sejarah perjalanan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Baki kes lain bekerja di Singapura. Salah seorang daripada mereka adalah pemegang pas kerja dengan sejarah perjalanan dari Switzerland.

Tiga kes import lain adalah pemegang permit kerja yang memiliki sejarah perjalanan dari Indonesia dan Myanmar.

Kesemua kes import telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 dalam tempoh SHN.

Satu kes sudah dibenarkan pulang dari kemudahan pengasingan masyarakat.

Sebanyak 44 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3