Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 strategi tangani isu kesihatan mental warga

Lawrence Wong: Bina keupayaan, fahami faktor penyumbang dan campur tangan sesuai demi pertingkat kesihatan mental
Sep 10, 2021 | 05:30 AM



SELAIN berusaha menangani isu kesihatan mental yang lebih menonjol akibat pandemik Covid-19, pemerintah juga akan mengambil langkah untuk mempertingkat kesihatan mental secara keseluruhan dalam masyarakat.



Berucap di Simposium Samaritan Singapura (SOS) semalam, Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata ia akan dilakukan menerusi pendekatan berbilang serampang, dengan daya usaha dalam pelbagai keadaan.



Encik Wong menggariskan tiga strategi termasuk membina keupayaan bagi menyediakan sokongan psikologi lebih baik, memahami faktor penyumbang kepada kesihatan mental tidak baik dan membangunkan langkah campur tangan yang sesuai bagi peringkat kehidupan berbeza.



Sebagai sebahagian usaha membina keupayaan bagi menyediakan sokongan psikologi lebih baik, beliau berkata pemerintah sedang membangunkan portal sehenti di dalam talian bagi sumber kesihatan mental nasional serta sedang membentuk rangka kerja kemahiran kesihatan mental nasional.



Tambahnya, pemerintah juga ingin memahami faktor penyumbang kepada kesihatan mental yang tidak baik supaya mereka boleh mengambil langkah campur tangan yang dapat menangani puncanya dan bukan sekadar merawat gejala.



"Sebagai contoh, salah satu golongan yang menjadi keprihatinan kami ialah warga muda dan kami perlu memahami dengan lebih baik... peranan yang dimainkan ketagihan digital atau pembulian siber dalam kesejahteraan mental mereka.



"Ini juga antara sebab kami berusaha sebaiknya dalam memastikan sekolah terus dibuka semasa pandemik ini, supaya pelajar tidak rasa terlalu terasing dan dapat terus berinteraksi secara langsung dengan guru dan teman mereka," ujar Encik Wong.



Menurut beliau, pemerintah juga sedang membangunkan langkah campur tangan bersesuaian untuk membantu mereka yang menghadapi risiko di pelbagai peringkat kehidupannya.



Misalnya, guru dan kakitangan sekolah telah dilatih mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan pelajar - khususnya mereka yang mungkin menghadapi risiko dan menderita sendiri - itu sedang berasa sedih serta menyediakan bantuan bersama kaunselor.



Semua sekolah juga sedang mewujudkan rangkaian sokongan rakan untuk menggalak pelajar menjaga satu sama lain.



Kementerian Pendidikan (MOE) juga telah menyemak kurikulum Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) untuk turut merangkumi usaha mengukuhkan kecelikan kesihatan mental dan pendidikan kesejahteraan siber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >