Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan - KEMENTERIAN UNDANG-UNDANG

3 syarikat elektrik tarik diri tawar bayaran muhibah bantu pelanggan pindah ke pembekal lain

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



TIGA syarikat elektrik yang telah menarik diri telah memberikan komitmen untuk menawarkan bayaran muhibah atau penyelesaian secara peribadi untuk meredakan peralihan pelanggan mereka ke pembekal tenaga yang lain, kata Menteri Kedua Perdagangan dan Perindustrian, Dr Tan See Leng di parlimen, semalam.



Syarikat itu termasuk Best Electricity, Ohm Energy dan UGS Energy.



Dr Tan yang juga Menteri Tenaga Manusia, berkata demikian sebagai respons kepada soalan parlimen yang diajukan anggota Parti Pekerja (WP) Encik Leon Perera (GRC Aljunied) tentang sama ada Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) mempunyai tanggungjawab memastikan syarikat elektrik mematuhi Akta Perlindungan Pelanggan (Perdagangan Adil) (CFPTA) apabila syarikat itu mengundurkan diri daripada pasaran.



Encik Perera juga bertanya jika EMA menetapkan piawaian bagi pampasan apabila syarikat elektrik mengundurkan diri daripada pasaran dan sama ada terdapat cara telus untuk mengesahkan piawaian adil boleh diketahui.



Dr Tan berkata EMA telah melaksanakan beberapa perlindungan semasa syarikat elektrik mengundurkan diri.



Syarikat sedemikian perlu membayar balik kesemua deposit keselamatan yang telah diambil daripada pelanggan isi rumah.



Pelanggan juga bebas menukar kepada peruncit lain, kata Dr Tan.



Antara Oktober dengan Disember 2021, enam syarikat elektrik telah mengundurkan diri daripada pasaran sedang harga tenaga terus melonjak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >