Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

3 tadika MOE dibuka 2026, 2027 di Tengah, Sengkang dan AMK

Jun 29, 2022 | 05:30 AM

TIGA pusat tadika Kementerian Pendidikan (MOE) akan dibina di sekolah-sekolah rendah dan akan dibuka pada 2026 dan 2027, membawa bilangan pusat tadika MOE ke 60, kata MOE semalam.

Pada 2026, pusat tadika MOE akan dibuka di Sekolah Rendah Pioneer yang akan dipindah ke lokasi baru di Tengah pada tahun itu.

Pada 2027 pula dua lagi pusat tadika MOE akan di buka di Sekolah Rendah Rivervale di Sengkang dan Sekolah Rendah Townsville di Ang Mo Kio.

Setiap pusat itu menawarkan 120 hingga 200 tempat bagi Tadika 1 (K1), lapor akhbar The Straits Times.

Sebanyak 43 daripada 60 pusat tadika MOE itu sudah mula beroperasi dan 17 pusat akan dibuka antara tahun depan dan 2027, membawah jumlah tempat K1 kepada sekitar 8,300 menjelang 2027.

Pendaftaran kemasukan K1 untuk pusat tadika yang akan dibuka pada 2026 dan 2027 akan diadakan pada Februari sebelum pembukaan pusat itu.

Maklumat lanjut akan dikeluarkan pada awal 2025 dan 2026.

Pusat tadika MOE menyediakan pendidikan bermutu bagi kanak-kanak berusia lima dan enam tahun dengan yuran yang berpatutan.

Ini juga meningkatkan mutu pendidikan awal kanak-kanak di Singapura.

Semua pusat itu menawarkan pembelajaran subjek bahasa ibunda-Mandarin, Melayu dan Tamil - untuk menggalakkan dwibahasa dalam pembangunan awal kanak-kanak serta mengukuhkan kemahiran asas bahasa semasa kecil untuk pengembangan bahasa pada pembelajaran kelak.

Murid-murid dari pusat tadika MOE juga akan mendapat keutamaan memasuki sekolah rendah berhampiran dan meraih manfaat peralihan yang lancar ke Darjah 1 kerana dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran yang sama.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3