Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 terima Biasiswa LKY bagi lanjut pengajian possiswazah

Jun 04, 2021 | 05:30 AM



TIGA warga Singapura telah dianugerahkan Biasiswa Lee Kuan Yew tahun ini, termasuk penerima paling muda Cik Fadhilah Abdul Rahman Zamawi yang giat berkecimpung dalam usaha memperkasa wanita dan masyarakat Melayu/Islam di sini.



Dua lagi penerima ialah pegawai perkhidmatan awam Cik Pamela Lee, 37 tahun, dan doktor bedah Dr Shelat Vishalkumar Girishchandra, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD).



Cik Fadhilah, 29 tahun kini bertugas sebagai pengurus perkongsian (Asia Pasifik) di pertubuhan tidak mencari keuntungan global Generation: You Employed, Inc.



Beliau akan memburu ijazah Sarjana Dasar Awam di Universiti Oxford di Britain.



Dalam kenyataannya, PSD berkata Cik Fadhilah, yang sebelum ini bertugas selama lima tahun di firma konsultan pengurusan global McKinsey & Company, telah menunjukkan komitmen terhadap memahami cara institusi dan agensi pemerintah menjalankan operasi dan mempengaruhi perubahan di peringkat sistem.



"Cik Fadhilah telah giat bekerjasama dengan pertubuhan sektor awam dalam pelbagai topik dari pendidikan dan pelaburan awam kepada penerbangan dan pelancongan," kata PSD dalam kenyataannya.



"Menerusi kerjanya, Cik Fadhilah terus membangun pengalaman dan kepakaran bekerjasama langsung dengan pemerintah dan dermawan di wilayah Asia Pasifik."



Buat masa ini, Cik Fadhilah sedang mengusahakan beberapa projek yang menggalak kerjasama proaktif antara sektor awam, privet dan sosial untuk meluaskan kemahiran pemohon kerja dan memadankan mereka dengan peluang kerja.



Di luar kerja pula, Cik Fadhilah, yang mempunyai ijazah sarjana muda Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan) dari Universiti Nasional Singapura (NUS) menceburi kerja dengan pertubuhan masyarakat dan yang tidak mencari keuntungan yang memberi tumpuan kepada usaha memperkasa wanita dan masyarakat Melayu/Islam setempat.



Antara lain, beliau telah berkhidmat sebagai pengarah program pendidikan dan kerjaya di Young Mendaki Club (YMC) antara 2018 dengan 2021.



Cik Lee pula bertugas sebagai Pengarah (Penglibatan Luar) di PSD sejak Ogos tahun lalu.



Dalam tempoh tiga tahun sebelum itu pula, Cik Lee, yang menyertai Perkhidmatan Awam sejak Oktober 2005, terlibat dalam Sekretariat Perubahan Iklim Nasional (NCCS) di bawah Kumpulan Strategi di Pejabat Perdana Menteri (PMO).



Beliau akan memburu ijazah Sarjana Eksekutif Global dalam Pentadbiran Perniagaan (EMBA) di Insead.



Dr Vishal kini sedang bertugas sebagai Konsultan Kanan di Jabatan Pembedahan Umum di Hospital Tan Tock Seng (TTSH). Beliau juga seorang Pengarah di Pusat Latihan Sains Pembedahan di TTSH.



Beliau dijangka melanjutkan pengajian dalam jurusan Etika Jagaan Kesihatan.



Menurut PSD, penerima biasiswa boleh memilih untuk menceburi pengajian lebih tinggi dalam sebarang jurusan atau negara yang dianggap terbaik untuk membangun potensi masing-masing sebagai pemimpin.



Biasiswa Lee Kuan Yew dibentuk pada 1991 oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Tanjong Pagar.



Ia dibiayai dana awam dan diberikan kepada individu cemerlang yang telah menunjukkan komitmen kuat untuk berkhidmat kepada Singapura.



"Penerima biasiswa dijangka memberi sumbangan secara aktif untuk mempertingkat Singapura dan masyarakat di sini," kata PSD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >