Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 terperangkap dalam lif Junction 10 diselamat

Apr 28, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menyelamatkan tiga orang yang terperangkap dalam sebuah lif di pusat beli-belah Junction 10 kelmarin.



SCDF berkata mangsa telah diselamatkan dengan menggunakan sistem kapi dan tali dari lif yang tersekat antara tingkat dua dengan empat di pusat beli-belah di 1 Woodlands Road itu.



Lif tersebut tidak berhenti di tingkat tiga.



Dalam kenyataannya di Facebook, SCDF berkata pihaknya menerima panggilan bantuan mengenai kejadian itu sekitar 5.10 petang.



Menurut SCDF, oleh kerana kuasa tenaga tidak dapat disambung semula kepada lif tersebut, pegawai penyelamat Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart) telah dikerahkan dalam operasi menyelamat itu, kata SCDF.



Sistem kapi dan tali itu dipasang di tingkat empat bagi membolehkan dua pegawai penyelamat diturunkan dan memasuki lif berkenaan menerusi petak kecemasan di bumbung lif.



"Setiap mangsa yang terperangkap telah diikat dengan tali pinggang keselamatan sebelum dibawa keluar dari lif menggunakan tangga.



"Alat khas mudah alih yang menggunakan bateri telah digunakan untuk mengangkat setiap mangsa terperangkap ke tempat selamat," kata SCDF.



Mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengesan sebarang kecederaan tetapi enggan dibawa ke hospital, tambah SCDF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >