Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 ujian besar tidak halang pelajar capai 6 gred 'A'

Jan 21, 2018 | 05:30 AM



PENGALAMAN hidup yang dilalui Muhammad Nafis Sani, 16 tahun, mencorakkan pandangan hidup yang cukup berbeza daripada kebanyakan pelajar lain seusianya.



Ketika baru melangkah ke peringkat menengah tiga pada 2016, anak bongsu dalam keluarga dua beradik itu kehilangan ayah tercinta secara mendadak.



"Umi telefon saya ketika itu untuk beritahu bahawa arwah ayah dimasukkan ke hospital di Batam.



"Saya pun terperanjat sebab arwah ayah tak pernah ada penyakit kritikal," cerita bekas pelajar Sekolah Menengah Meridian itu.



Menurutnya, arwah bapa Sani Madiyan berada di Batam ketika itu untuk menguruskan pembinaan masjid di situ.



Allahyarham mengadu dadanya "rasa tidak sedap" lalu muntah darah beberapa kali, ujar Muhammad Nafis.



Apabila keluarga tiba di Batam, Allahyarham sudah pun meninggal dunia.



Pemergian bapa telah membuka mata Muhammad Nafis kepada perkara yang sebelum itu tidak dianggap penting.



"Bila saya berusia 13, 14 tahun, saya banyak bermain dan menyusahkan hati ibu bapa. Pemergian arwah ayah menjadikan saya lebih matang.



"Dulu, ketika beliau ada, beliaulah yang jadi imam ketika kami solat berjemaah. Sekarang, saya gantikan tempatnya bila abang sibuk bekerja," katanya, ketika dihubungi baru-baru ini.



Bak sudah jatuh ditimpa tangga, keluarga Muhammad Nafis melalui satu lagi ujian.



Pada bulan puasa tahun yang sama, neneknya Asiah Nordin, 71 tahun, dimasukkan ke hospital kerana menghadapi masalah ketika makan.



"Waktu itu, nenek kalau makan, beliau akan muntah-muntah. Jadi beliau terpaksa dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad selama beberapa hari," ujarnya.



Bimbang dengan keadaan nenek yang juga katanya sudah lupa-lupa, Muhammad Nafis membuat keputusan berhenti melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum agar dapat menjaganya.



"Pada akhir menengah tiga, saya beritahu guru bola sepak yang saya mahu berhenti demi menjaga nenek.



"Selepas waktu sekolah, saya terus balik ke rumah dan pastikan nenek sudah makan dan makan ubatnya sekali," ujarnya.



Belum cukup ujian yang dilalui, rumah mereka pula terbakar dek litar pintas tahun lalu. Ketika itu, Muhammad Nafis berada di menengah empat.



Akibat kejadian tersebut, mereka terpaksa tinggal di rumah sementara selama beberapa minggu.



Namun, kejadian itu tidak menjejas persiapannya menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun lalu.



Keputusan pertengahan tahun serta peperiksaan peringkat awal atau 'preliminary' malah menunjukkan kemajuan.



"Saya sedar saya perlu menjaga hati ibu. Saya berusaha semana mungkin dan kecemerlangan yang saya capai ini berkat doa umi serta kesungguhan guru yang mendidik," ujarnya.



Muhammad Nafis, yang menerima keputusan GCE peringkat 'O' baru-baru ini, berjaya meraih enam gred 'A' dan satu gred 'B'.



Lulusan sekolah rendah Madrasah Al-Arabiah itu langsung tidak menjangkakan keputusan sebaik itu.



Dia bercita-cita menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Temasek (TJC) dan selanjutnya ke universiti bagi menceburi bidang perakaunan.



"Memang saya mempunyai matlamat mahu ke maktab rendah tapi tak sangka dan terkejut melihat keputusan saya.



"Pada masa yang sama, saya amat lega kerana tidak mengecewakan ibu, apatah lagi setelah keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dulu amat mengecewakan," katanya.



"Memang saya mempunyai matlamat mahu ke maktab rendah tapi tak sangka dan terkejut melihat keputusan saya. Pada masa yang sama, saya amat lega kerana tidak mengecewakan ibu."
- Muhammad Nafis Sani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >