TERDAPAT tiga kes baru kes Covid-19 dijangkiti di Singapura yang disahkan Kementerian Kesihatan (MOH) hingga 12 tengah hari pada Jumaat (1 Januari).
Daripada tiga kes yang disifatkan sebagai kes masyarakat itu, seorang merupakan ahli keluarga seorang malim pelabuhan yang dilaporkan positif pada 31 Disember.
Seorang lagi merupakan kenalan rapat pekerja juruukur marin yang dilaporkan positif pada 30 Disember, kata MOH.
Tiga kes baru itu merupakan antara sejumlah 30 kes baru Covid-19 yang dilaporkan di Singapura pada Jumaat.
Selain tiga kes setempat itu, terdapat 27 kes import yang diletak di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba mereka di Singapura, kata MOH. Daripadanya, lima merupakan warga Singapura atau penduduk tetap, dan 14 merupakan pekerja domestik asing.
Tiada kes baru dalam dormitori dilaporkan.
Maklumat lanjut akan diberikan dalam kenyataan MOH malam nanti.