Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

30 pakej haji dilulus tahun ini

Feb 05, 2018 | 09:09 PM



SEBANYAK lima agensi pelancongan individu dan tujuh konsortium telah dilantik Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebagai ejen penjualan (GSA) bagi menawarkan pakej haji tahun ini.

Bakal jemaah Singapura boleh memilih daripada 30 pakej haji.

Sebanyak 10 pakej merupakan kunjungan jangka singkat dengan tempoh tinggal antara 13 dengan 22 hari.

Lagi 18 merupakan pakej lawatan sederhana dengan tempoh tinggal antara 24 dengan 31 hari.

Baki dua pakej merupakan pakej lawatan jangka panjang dengan tempoh tinggal antara 32 dengan 35 hari.

Harga pakej haji biasa dianggarkan sekitar $11,500 (dua orang sebilik) dan harga pakej paling rendah adalah sebanyak $6,995 (empat orang sebilik).

Semua harga pakej termasuk kos Bantuan Perubatan Kecemasan (EMA) tetapi tidak termasuk kos penerbangan dan cukai yang sedia ada.

Kerajaan Arab Saudi telah mengenakan Cukai Tambahan Nilai (VAT) sebanyak lima peratus ke atas semua barangan dan perkhidmatan mulai 1 Januari lalu dan cukai ini disertakan pakej haji bagi tahun ini.

Meskipun cukai dikenakan, semua harga dikatakan kekal stabil dan berdaya saing.

Maklumat mengenai ejen pelancongan dan pakej yang diiktiraf untuk tahun ini boleh diperolehi di laman www.muis.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >