30 relawan agih habuan Ramadan kepada 55 keluarga susah

RAMADAN yang bakal menjelang tidak lama lagi telah mengukuhkan lagi niat murni serta semangat ukhuwah di kalangan 30 sukarelawan demi membantu penduduk Melayu/Islam yang memerlukan di sekitar kawasan Bedok North dan Bendemeer semalam.

Sebagai persediaan bulan puasa ini, mereka telah berkumpul bersama sambil menyingsing lengan dalam menyediakan dan mengedarkan habuan barangan keperluan rumah kepada sekitar 55 keluarga susah di kawasan tersebut.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan