Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

300 dibantu buat Surat Kuasa Berkekalan (LPA)

Nov 23, 2020 | 05:30 AM

CIK Siti Zulaiha Mohd Erfan, 40 tahun, pertama kali mendengar tentang Surat Kuasa Berkekalan (LPA) dua tahun lalu.

Biarpun menyedari kepentingan membuat permohonan bagi LPA, beliau tidak tahu bagaimana caranya untuk melakukan demikian.

Semalam, Cik Siti Zulaiha akhirnya dapat memfailkan permohonan LPA bersama kedua ibu bapanya, Encik Mohd Erfan Buhari, 66 tahun, dan Cik Afia Begum, 64 tahun, dengan bantuan peguam.

Beliau merupakan antara lebih 300 orang yang hadir di sesi anjuran Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dan peguam relawan di bawah M Kuasa Tiga (M³) itu yang diadakan di Wisma Geylang Serai.

"Ibu bapa saya sudah berumur, dan kita tak tahu apa yang akan terjadi. Kami telah melihat pengalaman arwah anggota keluarga kami. Ia susah jika tidak ada LPA dari segi membuat keputusan bagi isu penting seperti isu rumah, isu sakit, dan perubatan sekiranya tidak ada seseorang yang disahkan dari segi undang-undang," katanya yang juga datang bersama adiknya, Cik Siti Zubaidah Erfan, 37 tahun.

LPA membenarkan seseorang yang berumur 21 tahun ke atas (Pemberi kuasa) ketika masih mempunyai keupayaan mental untuk melantik secara sukarela seorang atau lebih (Penerima kuasa) untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan bagi pihaknya apabila pemberi kuasa hilang keupayaan mental untuk membuat keputusan.

Penerima kuasa berhak untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan kebajikan diri pemberi kuasa, ataupun yang berkaitan dengan harta benda dan urusan sehariannya, ataupun yang berkait dengan kedua-duanya sekali.

Seramai lapan peguam, enam individu yang dilatih dari segi undang-undang dan lima relawan Mesra berganding bahu untuk membantu masyarakat Melayu/Islam yang ingin memohon untuk LPA dan mendapat nasihat guaman.

Menurut Naib pengerusi Mesra, Cik Rizayati Begai Malawad, menerusi lawatan rumah bagi penduduk yang diadakan Mesra bersama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), mereka mendapat tahu bahawa ramai di antara masyarakat Melayu belum tahu tentang LPA.

Justeru, sesi ini dianjurkan bersama peguam probono untuk memberi pertolongan kepada mereka yang kurang tahu tentang LPA.

Salah seorang peguam relawan M³, Encik Imran Rahim berkata:

"LPA ini penting kerana kita ingin mengelakkan situasi di mana keupayaan mental seseorang itu terjejas dan dia belum menentukan macam mana atau siapa yang harus menjaga kebajikan diri mereka secara harian atau siapa yang patut mengendalikan atau menguruskan harta benda atau isu-isu kewangan mereka. Ramai tidak menyedari betapa pentingnya LPA atau memahami perbezaan di antara LPA dengan wasiat."

Menurut jurucakap Mesra, disebabkan sokongan memberangsangkan dan permintaan yang dua kali ganda lebih banyak daripada yang dijangkakan, mereka akan berbincang dengan peguam relawan di bawah M³ sama ada lagi satu sesi akan diadakan bagi mereka yang tidak dapat hadir semalam.

Oktober lalu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata pengecualian yuran bagi permohonan Borang 1 LPA telah dilanjutkan ke akhir Mac tahun depan.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian