Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

300 drebar teksi, kereta sewa privet terima suntikan pertama

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



SEBELUM pergi mendapatkan vaksin Covid-19 semalam, Encik Abdul Razak M Yassin telah berjumpa dengan empat doktor bagi mendapatkan nasihat mereka tentang keselamatan suntikan itu buat dirinya.



Ini kerana pemandu khidmat kereta sewa privet (PHC) itu mempunyai alahan kepada ubat tertentu seperti panadol, dan juga menghidap kencing manis serta pernah menjalani proses memasukkan alat 'stent' untuk membesarkan saluran darah yang tersumbat di jantung.



"Saya memang mahu mengambil vaksin ini kerana saya bekerja dalam bidang yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19. Tapi saya khuatir sama ada saya boleh menerimanya dengan keadaan kesihatan saya. Mujur semua doktor yang saya temui menasihatkan saya agar teruskan rancangan mendapatkan suntikan vaksin itu," kata Encik Abdul Razak, 53 tahun.



"Tapi memandangkan saya ada alahan, saya dipantau lebih lama daripada pemandu lain, iaitu selama satu jam berbanding 30 minit, supaya saya dapat melaporkan sebarang ketidakselesaan yang saya alami," tambahnya.



Beliau adalah antara sekitar 300 pemandu teksi dan PHC yang menerima suntikan pertama mereka di pusat vaksinasi di bekas Sekolah Menengah Hong Kah di Jurong West semalam, iaitu hari pertama suntikan itu mula diberikan kepada pemandu dalam sektor dari satu tempat ke tempat (P2P).



Lebih 50,000 pemandu teksi dan PHC akan ditawarkan peluang mendapatkan dos vaksin Covid-19 pertama mereka menjelang hujung minggu ini.



Pemandu teksi dan PHC yang layak akan secara bertaha-tahap menerima SMS dengan pautan untuk mereka membuat janji temu vaksinasi dalam talian pada masa dan di tempat yang paling sesuai untuk mereka.



Pemandu boleh mendapatkan suntikan mereka dari mana-mana 14 pusat vaksinasi, 20 poliklinik atau 22 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang beroperasi sebagai tempat vaksinasi di serata negara.



Langkah memvaksin pemandu P2P itu menyusuli langkah memvaksin pekerja pengangkutan awam, kelautan dan penerbangan bulan lalu.



Ia adalah usaha bersama oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan (Kementerian Kesihatan) MOH, dengan sokongan oleh Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA), Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) serta pengendali PHC dan teksi.



Ditemui di pusat vaksinasi itu semalam, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata hingga 14 Februari lalu, lebih 14,000 pekerja pengangkutan awam daripada pengendali bas dan kereta api telah menerima suntikan pertama mereka, dengan lebih 10,000 daripada mereka telah menerima dos kedua dan terakhir mereka.



"Langkah vaksinasi ini adalah sebahagian daripada usaha kami menawarkan vaksinasi kepada sekitar 80,000 pekerja pengangkutan darat, untuk mengukuhkan daya tahan khidmat pengangkutan penting.



"Saya mahu menggalakkan pemandu teksi dan PHC untuk menerima tawaran vaksinasi ini.



"Vaksinasi adalah satu lagi cara untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat. Ini akan memberi mereka lebih banyak ketenangan, dan juga memberi jaminan yang lebih besar kepada penumpang mereka," kata Dr Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >